Perdana Menteri UK David Cameron mengumumkan meletak jawatan selepas warga UK undi untuk keluar dari Kesatuan Eropah.
Rakyat UK/Britain telah memilih untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) dengan 52 peratus mengundi untuk keluar dan hanya 48 peratus memilih untuk kekal dalam pemilihan yang sengit.
Keputusan akhir
Jumlah rakyat yang menyokong keluar EU ialah seramai 17,410,742 (51.9%) berbanding menyokong untuk kekal seramai 16,141,241 (48.1%).
Bursa Asia merudum
Pagi tadi matawang pound Britain merudum pada nilai terendah dalam tempoh 31 tahun, dengan saham dan harga minyak turut menunjukkan aliran menurun di pasaran Asia.
Ia susulan keputusan awal pungutan suara menunjukkan rakyat Britain hampir pasti akan memilih untuk meninggal blok politik dan ekonomi Eropah itu.
http://celahgelegar.blogspot.my/2016/06/lapor-langsung-david-cameron-letak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+celahgelegarblogspotcom+(CELAH+GELEGAR)
No comments:
Post a Comment