KUALA KANGSAR - Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, berkata Pas dan Umno masih mempunyai masa untuk menjalinkan kerjasama politik.
Oleh itu, kata Mahfuz sebagai permulaan dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar boleh dijadikan sebagai medan permulaan untuk Pas dan Umno memulakan kerjasama tersebut.
"Oleh itu bagi saya masih belum terlambat sebelum hari mengundi awal pada selasa 14 Jun atau hari mengundi pada 18 Jun untuk kedua dua parti Pas dan Umno/BN membuat kesepakatan yang terang dengan mengorbankan satu kerusi PRK yang ditandingi kali ini.
"Contohnya Pas membuat pengisytiharan menarik diri dan melepaskan kerusi Sungai Besar untuk Umno/BN terus berlawan dengan Amanah dan menggerakkan pengundi Pas untuk mengundi dan menangkan calon Umno/BN.
"Umno/BN menarik diri serta melepaskan kerusi Kuala Kangsar kepada Pas untuk berlawan dengan Amanah dan mengerakkan pengundi BN mengundi dan menangkan calon Pas," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Ujar Mahfuz lagi, tindakan itu akan lebih mudah difahami dari isyarat yang sukar kepada pengundi mengenai perihal itu.
"Dan ini akan lebih menguntungkan dari kedua dua parti terus berlawan yang berkemungkinan ada parti tak menang langsung pada PRK ini. Kata Ramli Sarip Papa Rock bersama kumpulan Sweet Charity Jangan tunggu lama nanti lama-lama dia diambil orang," katanya.
Katanya lagi, hanya ketakutan Pimpinan Pas dan Umno sahaja yang menghalang cadangannya untuk PRK ini.
"Mungkin selepas PRK mereka kena berniat dan berazam buang ketakutan untuk bersatu. Sedap pula seni kata lagu Bersatu Bersetia Berkhidmat. Senyum!, Penyatuan Pas,Umno suatu penantian," katanya. - SH
http://celahgelegar.blogspot.my/2016/06/mahfuz-penyatuan-pas-umno-jangan-tunggu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+celahgelegarblogspotcom+(CELAH+GELEGAR)
No comments:
Post a Comment