YANGON 25 Jun - Seorang lelaki dilaporkan cedera dalam satu pertempuran yang dipercayai berpunca daripada ketegangan agama hingga menyaksikan sebuah masjid dirosakkan di Myanmar semalam.
Pihak berkuasa negara itu bagaimanapun memberitahu, tidak ada suspek yang ditahan dalam kejadian itu setakat ini.
“Kami masih belum melakukan sebarang tangkapan kerana mahu mengetahui tindak balas mangsa yang terlibat,” kata Ketua Polis Waw Township, Ohn Lwin.
Kejadian yang dipercayai bermula daripada pertengkaran biasa itu tiba-tiba menjadi ganas apabila lebih 100 penganut Buddha menyerbu kawasan yang dihuni oleh majoriti penduduk Islam itu yang terletak di Bago, kira-kira 200 kilometer ke tenggara Yangon. - dpa
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/mananya-kata-perjuang-demokrasi-aung.html
No comments:
Post a Comment