Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 8 June 2016

[MASIH BOLEH MAKAN KAH SELEPAS WAKTU IMSAK?] Ikuti Penjelasan Ustaz Abu Anas Madani


Imsakiah Ramadhan.

Ramai yang bertanya tentang IMSAK?

Kenapa bila datang bulan Ramadhan akan keluarlah Taqwim Khas yang ada Imsak. Semua pakat berlumba menyebarkannya, YB, syarikat-syarikat besar, peniaga kecil bahkan orang perseorangan. Masing-masing menggunakannya untuk iklan mereka.


Soalnya perlukah kepada imsakiah ini?

Jawabnya tak perlu. Sebenarnya sudah cukup dengan taqwim yang ada di rumah masing-masing tu, ada yang dibeli dan ada yang diberi percuma.

Malangnya taqwin banyak, waktu solat dah ada, tapi masih ramai lagi umat Islam di negara ini tak sampai-sampai juga ke Masjid, rumah Allah. Walaupun mereka dipanggil pula dengan nama Allah dan nama Nabi Muhammad saw tetap tidak menyahutnya, tapi bila dibawa air rambut Nabi (kononnya) ramai yang pakat berebut nak beli.

Apakah Hukum Imsak ini?

Jawabnya secara baik dan sederhana ialah: Imsak bermakna menahan diri dari makan dan minum. Masa yang diambil ialah 10 minit sebelum masuk waktu subuh dan masih boleh makan. Tujuannya ialah agar orang sedang makan boleh habiskan makan dengan segeraatau orang yang belum makan segeralah berbuat demikian, yang lekat boleh minum air.

Ibaratnya yang simple: Waktu Imsak ialah seperti LAMPU KUNING di traffic light, boleh jalan tapi mesti berhati-hati dan bersedia untuk brake bila dah masuk waktu Subuh.

PerhatianKepada para pencetak Taqwim Imsak sila letak penjelasan bahawa Imsak itu untuk berhati-hati sahaja dan masih boleh makan lagi sehingga subuh.

Ini adalah untuk mengelakkan timbulnya kekeliruan seperti sekarang.

Selamat Berpuasa & Beribadat.

Akhukum, Abu Anas Madani.
9 Ramadhan 1434H.

sumber: http://abuanasmadani.blogspot.my/

http://celahgelegar.blogspot.my/2016/06/masih-boleh-makan-kah-selepas-waktu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+celahgelegarblogspotcom+(CELAH+GELEGAR)


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...