Beruntungnya Umat Nabi Muhammad S.A.W kerana Allah mengurniakan 1 malam di dalam Bulan Ramadhan yang ganjaran kepada amalan - amalan ibadah yang dilaksanakan kita bersamaan dengan 1000 BULAN.
Dalam erti kata lain, bila kita solat, solat kita seumpama solat 1000 bulan , bila kita baca Al Quran, seumpama bacaan kita seperti 1000 bulan, Allahuakbar. Sebuah malam keampunan besar-besaran Pencipta (Allah Azza Wajalla) kepada HambaNYA yang beriman kepadaNya.
Cuba kita sama-sama bayangkan tatkala kita dibangkitkan di alam Akhirah, menunggu giliran untuk ditimbang amalan . Kita selak buku amalan kita, ada 1 Malam yang ibadat kita berganjaran 1000 bulan. Alangkah beruntungnya kita mendapat rahmat dan pengampunan dari Allah Azza wajalla. Amin..
Justeru, MHS hari ini ingin berkongsi beberapa Hadith Rasulullah yang menyebut mengenai Malam Lailatul Qadr.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut:
Maksudnya: “Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya”
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah.
Kata Aisyah r.a.Maksudnya: “Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah.”
Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: “Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3. Maksudnya: ” Malam Lailatul – Qadar lebih baik daripada seribu malam “ Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.: Maksudnya: ” Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu"
http://myhomesoil.blogspot.my/2016/06/mencari-malam-yang-lebih-baik-dari-1000.html
No comments:
Post a Comment