Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 12 June 2016

PAN Berdegil Teruskan Ceramah Ketika Waktu Tarawih



Parti Amanah Negara (PAN) yang khusyuk berceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah dikejutkan oleh orang awam.

Semalam, seorang orang awam yang dipercayai rakyat tempatan di Parlimen Kuala Kangsar telah menyerbu ceramah PAN kerana tidak menghormati umat Islam yang kini sedang menjalani ibadah puasa.

Ceramah PAN yang dianjurkan Pakatan Harapan itu diadakan ketika umat Islam sedang berbuka dan melakukan solat tarawih.

Tindakan ceramah Pakatan Harapan itu jelas mengganggu umat Islam melakukan ibadah, khususnya melakukan solat tarawih kerana terdapat gangguan bunyi dari penceramah-penceramah PAN.

Selepas diserbu oleh orang awam kerana tidak menghormati umat Islam, ceramah PAN disangka akan berubah dan tidak akan dilakukan pada waktu ini.

Namun itu semua sangkaan dan ramalan... PAN dan Pakatan Harapan masih berdegil meneruskan ceramah pada waktu umat Islam sedang berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih.

Perkara ini memang amat mengecewakan kerana PAN dan Pakatan Harapan tidak dapat menghormati umat Islam di negata ini, walaupun mereka mendakwa mereka sebuah gabungan yang menghormati semua agama.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/tak-reti-bahasa-lah-ni-pan-berdegil.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...