Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 18 June 2016

PAN disaran tutup kedai dan join DAP jika 'bungkus' malam ini...



Ramai yang diam-diam berharap supaya Parti Amanah Negara (PAN) tutup kedai dan join DAP sepenuh masa jika calon-calonnya tewas di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Ini kerana memang menjolok mata melihat pemimpin dan jentera DAP all out dibelakang PAN.

Boleh dikatakan tulang belakang kempen PAN dalam kedua-dua pilihanraya ini adalah DAP.

Sebab itu, bagi Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon PAN perlu mengkaji kembali fungsi dalam Pakatan Harapan jika kalah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Jelasnya parti itu dilihat tidak menampakkan prestasi yang baik dalam tempoh berkempen.

"PAN perlu menilai kembali penubuhan parti mereka jika kalah PRK kali ini," katanya.

Lebih buruk lagi PAN dilihat hanya sebagai boneka DAP.

"Kalau kita tengok dua minggu kempen pilihan raya di Sungai Besar memang khususnya di kawasan masyarakat Cina, seluruh jenteranya jentera DAP, orangnya DAP cuma mereka pakai baju oren PAN.

"Cara publisiti ala politik DAP yang maki hamun, rasis, kebencian, ceramah mereka pun sama. Ia bukan kempen PAN sebenarnya, tapi kempen DAP," tambahnya.

Jelaslah kini ujarnya lagi, PAN yang merupakan serpihan PAS ditubuhkan hanya untuk meraih penyokong Melayu kerana perkara itu gagal dilakukan oleh DAP.

"Sekiranya mereka kalah dan hilang deposit, hanya menampakkan kebenaran penubuhan PAN ini adalah kerana taktik DAP untuk mengadakan parti Melayu untuk mengaut undi Melayu sebagai cabang DAP," katanya lagi.

Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa PAN akan dibubarkan sekiranya calon mereka hilang wang deposit dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang akan diadakan Sabtu ini.

Bagaimanapun, ia dinafikan Presidennya Mohamad Sabu yang menyifatkan menerima kerjasama daripada rakan sekutunya pada PRK kali ini.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berpendapat taktik meletakkan PAN untuk meninjau sokongan terhadap parti yang baru sahaja ditubuhkan pada September 2015.

"Saya yakin kali ini rakyat dapat menilai, dan BN akan menang," katanya.

PAN mempertaruhkan calonnya di dua-dua PRK pada 18 Jun iaitu Dr Ahmad Termizi Ramli di Kuala Kangsar sementara di Sungai Besar mereka mempertaruhkan Azhar Abdul Shukor.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/pan-disaran-tutup-kedai-dan-join-dap.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...