Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 13 June 2016

PAN sukar dekati pengundi sudah dijangka - penganalisis




SHAH ALAM: Calon Pakatan Harapan yang diwakili Parti Amanah Negara (PAN) sudah dijangka sukar untuk meraih undi penduduk Parlimen Sungai Besar, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

Penganalisis politik, Profesor Madya Dr. Baharuddin Aziz berkata meskipun Azhar Abdul Shukor mendakwa dirinya sudah menyiapkan diri sejak 36 tahun lalu untuk menyertai pilihan raya, hakikatnya bekas guru itu belum bersedia.

Lebih memburukkan keadaan apabila, Azhar dilabel sebagai boneka DAP oleh banyak pihak termasuk PAS.

Ini berikutan Azhar dilihat lebih kerap diiringi pemimpin DAP ketika berkempen sempena PRK Parlimen itu.

"Azhar (calon PAN) dilihat sebagai calon yang ditaja oleh DAP walapun dia tunggu 36 tahun pun, tapi dia bertanding bukan atas tiket yang sesuai, saya rasa pengundi di sini sukar untuk menerima Azhar," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Terdahulu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengaku Azhar sukar untuk mendekati pengundi Sungai Besar.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, PKR yang turun membantu kempen calon terpaksa memakai baju berlogo PAN, bagi memastikan pengundi kenal akan jenama parti serpihan PAS itu.

Mengulas lanjut Baharuddin berkata walaupun Azhar anak kelahiran Sungai Besar namun faktor itu tidak membantu sementelah beliau tidak dibesarkan kawasan itu malah menghabiskan masa di luar negara untuk melanjutkan pelajaran.

Azhar berdepan dengan calon BN, Budiman Mohd Zohdi dan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman untuk merebut kerusi Sungai Besar.

"Azhar bukanlah tinggal disini. Begitu juga dengan calon PAS, Dr Rani Osman bukan tinggal disini (Sungai Besar), dia tinggal di Meru.

"Kalau dibandingkan dengan (calon BN) Budiman Mohd Zohdi, dia memang tinggal disini," ujar Baharuddin.

Bukan kenyataan Azhar sahaja yang menarik perhatian ramai, calon PAN PRK Kuala Kangsar juga mengusik hati pengundi Parlimen itu.

Prof Dr Ahmad Termizi Ramli ketika menyampaikan ceramah memberitahu beliau tidak berminat untuk menjadi wakil rakyat.

Termizi berkata beliau hanya bersetuju untuk bertanding pada PRK kali ini kerana mahu membalas jasa rakyat yang 'membiayai' pendidikan beliau di peringkat profesional.

Ujar Baharuddin pengundi Kuala Kangsar tentunya mempersoalkan sejauhmanakah pakar fizik itu ikhlas menjaga kebajikan mereka, jika diberi mandat untuk menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangsar kelak.

"Lebih baik tumpu perhatian kepada bidang sains fizik kerana bukan ramai di Malaysia ini. Daripada nak terjun ke bidang politik, mungkin akan memesongkan daripada kerjaya dan kursus yang diterima beliau. Saya boleh faham rasa serba salah dia (sebagai calon PAN)," jelas Dr. Baharuddin.

Ujar Baharuddin peranan Termizi dalam bidang sains fizik lebih berharga kepada masyarakat.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/pan-sukar-dekati-pengundi-sudah.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...