Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 23 June 2016

PAS TOLAK MENTAH-MENTAH CADANGAN KIT SIANG



Inilah yang akan terjadi jika pembangkang 'menang', DAP yang akan mengatur segalanya... adakah kita sanggup ikut telunjuk mereka ini???

Adakah suara kita akan didengar jika melayu hilang kuasa?

Cadangan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang untuk PAS hanya menumpukan kepada kerusi-kerusi di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sahaja dalam pilihan raya umum akan datang tetapi dilihat sebagai tidak masuk akal, kata PAS.

"Cadangan itu tidak logik. Ikut suka PAS mahu bertanding. PAS bertanding itu sebab tahu asas kekuatannya jadi terpulang kepada PAS mahu bertanding dimana pun," kata Naib Presiden PAS, Idris Ahmad kepada Malaysiakini, hari ini.

Jikapun cadangan itu bertujuan memaksimumkan kemenangan pembangkang, Idris yang juga ahli parlimen Bukit Gantang, Perak berkata, ia harus status quo dengan PAS dibenarkan bertanding di kawasan yang pernah ditandingi parti itu sebelum ini.

Mengambil contoh pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini, tambah Idris, ia tidak akan menjadi satu isu jika PAS berada dalam pertandingan satu lawan satu menentang BN.

"(Jadi) PAS tidak boleh terhad kepada bertanding di negeri-negeri tertentu sahaja. Jika itu berlaku, maka orang boleh mengatakan bahawa anda (DAP) hanya berhak untuk bertanding di Pulau Pinang," katanya.

Lim dalam kenyataannya semalam berkata, keputusan pilihan raya kecil berkembar itu mencetuskan perbincangan baru untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang.

"Mungkin sekarang masa yang sesuai untuk mengkaji semula cadangan bagi PAS menumpukan perhatian kepada Kelantan , Terengganu , Kedah dan Perlis manakala Parti Amanah Negara (AMANAH) memfokus kepada negeri-negeri lain, tertakluk kepada pelarasan dalam susunan oleh kedua-dua parti politik," ujar Lim.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/pas-tolak-mentah-mentah-cadangan-kit.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...