Sejumlah bunga api yang diperbuat daripada helaian naskhah kitab suci al-Quran kini dilaporkan dijual di wilayah Bangka Belitung. Penjualan bunga api itu terbongkar selepas ketua Persatuan Wartawan Indonesia Bangka Belitung, Muhammad Fathurrakhman memuat naik gambar mercun berkenaan di laman Facebook. Muhammad berkata, dia sudah membuat laporan polis mengenai penemuan bunga api berkenaan yang dijual di wilayah itu.
“Sekarang polis belum mendapat maklumat sama ada pihak yang menjual bunga api ini berjaya ditangkap atau tidak,” katanya. Menurutnya, bunga api itu dipercayai dihasilkan di Solo sebelum dijual di wilayah berkenaan. Muhammad turut memuat naik beberapa gambar bunga api yang dibalut dengan helaian kertas dipercayai al-Quran. Tindakan berkenaan mencetuskan kemarahan pengguna laman sosial yang mendesak pihak berkuasa mengesan syarikat yang mengeluarkan mercun itu. Kejadian itu adalah yang kedua di Indonesia selepas trompet yang diperbuat daripada kertas dikesan menggunakan helaian al-Quran. – Agensi
http://www.lulu-pages.com/2016/06/penjualan-bunga-api-daripada-helaian-al-quran-ini-mencetuskan-kemarahan-ramai.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Lulu-Pages+%28Lulu+pages%29
No comments:
Post a Comment