Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 28 June 2016

Pentingnya Imunisasi untuk elak penyakit berjangkit

Pentingnya Imunisasi untuk elak penyakit berjangkit
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu menggesa ibu bapa dan penjaga melengkapkan program imunisasi untuk anak-anak mereka bagi mencegah dan mengurangkan penyakit berjangkit. Pengarahnya Dr Mohamad Omar berkata ibu bapa perlu peka bahawa pemberian imunisasi secara suntikan atau oral adalah satu cara yang paling berkesan dalam mengawal penyakit-penyakit berjangkit seperti difteria. Katanya dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sebanyak 85 kanak-kanak tidak mendapat perlindungan imunisasi secara lengkap berbanding 72 pada tahun lepas.
“Jumlah ini sangat membimbangkan kerana ia semakin menunjukkan peningkatan ketara sejak tahun 2013 dengan hanya 22 orang diikuti 47 orang pada tahun sebelum itu,” katanya ketikla dihubungi di sini hari ini. Menurutnya walaupun tiada kes jangkitan difteria dilaporkan di Terengganu setakat ini namun langkah awal perlu diambil dengan golongan ibu bapa perlu memainkan peranan. Dr Mohamad berkata, kegagalan atau keengganan ibu bapa mendapatkan vaksin untuk anak mereka bukan sahaja membahayakan nyawa anak-anak dan anggota keluarga, malah anggota masyarakat yang lain.
“Pelbagai alasan yang diberikan seperti untuk mendapatkan perubatan alternatif dan tidak perlu mengambil suntikan itu, takut anak mereka mendapat kesan sampingan serta menunggu anak mereka mendapat ketahanan secara semula jadi. “Hal ini timbul akibat salah faham dan kepercayaan masyarakat yang mendapat maklumat daripada sumber terbuka seperti media sosial yang tidak diketahui kredibiliti dan tahap keilmuannya,” katanya.
Pada 18 Jun lepas, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun meninggal dunia di Melaka akibat difteria dan empat hari kemudian seorang lagi kanak-kanak berusia dua tahun di Kedah meninggal dunia akibat penyakit sama. Menurut Kementerian Kesihatan, kedua-dua mangsa tidak menerima imunisasi lengkap. – Bernama
http://www.lulu-pages.com/2016/06/pentingnya-imunisasi-untuk-elak-penyakit-berjangkit.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Lulu-Pages+%28Lulu+pages%29

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...