Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 13 June 2016

Perempuan seksi di Kelantan kena kaunseling


KOTA BHARU: Wanita Islam yang tidak bertudung atau berpakaian ketat dan menjolok mata sepanjang Ramadan di Kelantan akan diberi amaran dan dihantar ke sesi kaunseling.

Sehingga kini 24 wanita diberi amaran sementara tujuh lagi diberi kaunseling menerusi 'Ops Ramadan dan Aurat, kata Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK)

Pengarah JHEAIK Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata operasi itu bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kewajipan menutup aurat mengikut hukum Islam.

"Untuk permulaan Ramadan, fasa pertama bagi operasi cegah aurat serta perbuatan tidak sopan ialah peringkat didikan serta nasihat manakala untuk operasi puasa, kita lebih ke arah fasa penguatkuasaan," katanya dipetik daripada Berita Harian.

Katanya, operasi berkuatkuasa bermula 11 pagi sehingga 5 petang dan akan disambung pada waktu malam jika mendapat sebarang maklumat.

Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan berkaitan Seksyen 5 (1) iaitu perbuatan tidak sopan boleh membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara enam bulan.

Manakala bagi yang tidak berpuasa, peruntukan mengikut Seksyen 26 mengenakan denda RM500 serta penjara tiga bulan atau RM1,000.

"Seramai 89 anggota di seluruh negeri ini akan dikerahkan dan kita mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam serta polis dalam memastikan operasi ini berjalan lancar.

"Kaunseling dan amaran diberikan bertujuan untuk mendidik masyarakat supaya menghormati Ramadan," katanya


http://blog2-barisan.blogspot.my/2016/06/berani-membuat-pilihan_11.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...