Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 8 June 2016

Polis digesa siasat penipuan tandatangan Deklarasi Rakyat



Aktivis pembangkang, Badrul Hisham Shahrim atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard menggesa polis menjalankan siasatan terhadap percubaan menipu atau memalsukan tanda tangan untuk diserahkan kepada Yang diPertuan Agong.

Tanda tangan itu dikumpul oleh kumpulan Deklarasi Rakyat diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, NGO Solidariti Anak Malaysia (Samm) yang diketua Badrul Hisham dan seorang bekas tentera membuat laporan polis mengenai tanda tangan itu.

Beliau juga menyambut baik laporan-laporan polis berkenaan dan mendesak agar PDRM menggunakan kepakaran 'forensik' mereka menyiasat senarai sokongan Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh Mahathir.

Katanya, polis perlu memanggil Azharuddin Othman dan akan dapat senarai nama yang dibekalkan kepada Seketeriat Deklarasi Mahathir dan kemudian dapatkan senarai sokongan dari seketeriat itu.

"Bezakan keduanya, jika terdapat pertindihan hubungi penama tersebut dan dapatkan adakah mereka sedar nama mereka dalam senarai sokongan deklarasi tersebut?," katanya yang dikenali dengan panggilan Chegu Bard.

Menurutnya, saya yang berlaku cukup memalukan dan bersimpati kepada semua kerana telah ditipu oleh pasukan Mahathir.

Azaharudin adalah individu yang membuat pengakuan bersumpah bahawa beliau dengan seorang perempuan Syarul Ema yang dikenali dengan panggilan Ratu Naga berpakat memalsukan tanda tangan sokongan untuk Deklarasi Rakyat.

Kata Chegu Bard, selepas pendedahan Azaharudin, Ema panik tetapi terus berhubung dengan kumpulan Azharuddin.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/polis-digesa-siasat-penipuan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...