Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 19 June 2016

Rakyat sudah jawab... Rakyat tolak pembohongan Mahathir - Najib



Kemenangan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar menunjukkan bahawa rakyat menolak Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambil melahirkan rasa terima kasih kepada pengundi kerana meletakkan kepercayaan mereka terhadap BN, Perdana Menteri berkata, mereka menolak pembohongan Mahathir.

Dalam ucapan kemenangan di depan lebih dua ribu jentera dan penyokong BN di Sungai Besar, Perdana Menteri memberitahu rakyat sudah bersuara dengan menolak  Mahathir dan Deklarasi Rakyat.

Mahathir sebelum ini ligat berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar supaya pengundi kedua-dua kawasan itu menjadikan pilihanraya kecil sebagai satu referundum kepada kepimpinan Najib.

Malangnya, Mahathir yang menyokong calon Parti Amanah Negara (PAN) tidak memberikan kesan selepas hasratnya ditolak pengundi yang memberikan kemenangan besar kepada Datuk Seri Najib Razak dan BN.

"Dia kata saya Idi Amin Malaysia. Rakyat tolak Mahathir, rakyat tolak Deklarasi Rakyat,"kata Najib.

Menurutnya kemenangan tersebut adalah titik permulaan untuk merampas semula Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Perdana menteri berkata, pencapaian yang menakjubkan dengan majoriti 9,191 undi itu juga baginya adalah hasil usaha parti itu di semua peringkat.

"Ia kemenangan yang cukup istimewa buat BN dengan kesabaran dan ketabahan kita, orang kutuk, lanyak, hina kita di bulan puasa dan Allah beri kemenangan kepada orang yang sabar.

"Saya cuma nak buat kerja dan sentiasa berdoa jika saya betul tunjukkanlah dan hari ini Allah telah beri kita dua kemengangan, moga ia jadi azimat baharu kepada kita semua," katanya yang mengakui tidak percaya BN boleh mencapai kemenangan besar dengan angka yang diluar jangkaan.

BN diumumkan sebagai pemenang dalam pertembungan tiga penjuru ini dengan majoriti 9,191 undi, meninggalkan calon Parti Amanah Negara (Amanah) dengan 7,609 undi dan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman yang mendapat 6,902 undi.

Sehubungan itu, Najib mahu jentera parti untuk kuatkan azam, bersungguh-sunggu dan berjuang habis-habisan kerana ternyata ada harapan untuk membawa perubahan di Selangor.

"Kemenangan di Sungai Besar beri momentum untuk Selangor kembali kepada BN, oleh itu kita perlu terus berjuang, jangan hilang fokus.

"Ternyata BN diterima semua kaum dan bukan sahaja Melayu, malahan juga mendapat sokongan Cina, India dan bukan hanya Jawa dan Banjar tetapi semua kerana BN berjuang untuk semua kaum," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak supaya tidak mengambil sikap sambil lewa kerana kemenangan ini bukan tiket untuk bersenang-lenang, tetapi sebagai semangai baharu untuk mencapai kemenangan lebih besar pada PRU-14.

"Belum boleh lunjur kaki, kena sinsing lengan dan turun padang bersama-sama untuk pastikan BN kembali semula di Selangor," katanya.

Perkara paling utama adalah untuk memastikan rakyat sentiasa menyokong BN kerana ternyata ia parti yang menjadi pilihan.

"Jangan ego, takbur, perlu merendah diri kerana kita berkhidmat untuk rakyat dan mahu rakyat terus beri sokongan kepada BN," katanya ketika berucap di Dewan Seri Bernam bagi meraikan kemenangan calon BN, Budiman Mohd Zohdi tengah malam Sabtu.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Datin Mastura Mohd Yazid yang turut memenangi PRK Kuala Kangsar.

Kata Najib yang juga Pengerusi BN, parti itu memberi jaminan untuk terus memenuhi kehendak rakyat dan membantu penduduk untuk mengecapi kemajuan serta masa depan yang cerah.

"Cuma BN saja yang boleh membawa kemajuan, menjamin masa depan, selesaikan masalah, keamanan dan mencapai kestabilan," katanya lagi.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pula berkata pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar menghantar mesej kepada pembangkang dan kumpulan anti Najib bahawa mereka masih mahu Datuk Seri Najib Tun Razak kekal sebagai Perdana Menteri.

Menurutnya walaupun pilihan raya kecil itu semata-mata untuk pengundi di kedua-dua kawasan itu memilih wakil rakyat mereka, pembangkang dan kumpulan yang menentang Najib menjadikan pilihan raya kecil itu sebagai referendum dengan meminta pengundi menyatakan sama ada mereka masih mahukan Najib menjadi perdana menteri.

"Itu adalah mesej mudah yang pembangkang dan kumpulan anti-Najib hantar kepada pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Dan pengundi menghantar balik mesej kepada pembangkang dan kumpulan anti-Najib dengan mengundi BN,"ujarnya.

Bagi PRK Sungai Besar, BN menerusi Budiman diumumkan sebagai pemenang dalam pertembungan tiga penjuru ini dengan majoriti 9,191 undi, meninggalkan calon PAN dengan 7,609 undi dan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman yang mendapat 6,902 undi.

Sementara itu, di Kuala Kangsar pula Mastura memperoleh 12,653 undi, meninggalkan calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad dengan 5,684 undi, manakala PANyang diwakili Prof Dr Ahmad Termizi Ramli mendapat 4,883 undi.

Selain itu, calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary hilang wang deposit apabila hanya mendapat 54 undi.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/rakyat-sudah-jawab-rakyat-tolak.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...