Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 28 June 2016

Selepas ‘Berpenyakit’, Rakyat Disamakan Dgn Haiwan Pulak!!



BUKAN sehari dua kerajaan BN membantu rakyat, malah sejak merdeka lagi dah berjuta rakyat yang dibantu.  Tapi ini kali pertama rasanya bantuan kerajaan BN direndahkan tarafnya kepada makanan haiwan – dedak.

Kalau kerajaan tak tolong nanti, dikatakan zalim serta tak membantu rakyat, dah di tolong, datang pembangkang dan sekutunya kata kerajaan bagi rakyat makan dedak pulak.  Dedak ini makanan haiwan, tuduh kerajaan bagi rakyat dedak, samalah seperti mengatakan rakyat adalah haiwan.

Apa ni?  Bila kalah pilihanraya, kata rakyat berpenyakit, sekarang tuduh rakyat haiwan pulak?

Yang hairannya tu, sekali tumpang sekaki mengatakan rakyat haiwan ini adalah bekas ahli UMNO, Mahathir.  Zaman dia jadi Perdana Menteri pun, kerajaan bagi bantuan kepada rakyat jugak, tak pulak dipanggil dedak?  Malah bantuan kerajaan ketika itu lebih umum sifatnya,  miskin dapat macam itu, kaya raya pun dapat macam itu.

Kurang-kurang sekarang, majoriti besar yang dapat bantuan kerajaan ni hanya golongan yang memerlukan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan kerajaan. Itu bantuan bersasar, yang berbentuk umum pun macam perubatan dan sebagainya masih banyak lagi.

Justeru, penulis boleh faham kekecewaan Perdana Menteri ke atas dakwaan yang berbunyi seperti itu.  Ini bukan sangat kepada yang berkata tapi lebih kepada rakyat yang direndahkan tarafnya sama seperti haiwan apabila dituduh memakan dedak hanya kerana menerima bantuan kerajaan.

Sebagai pemimpin utama negara, belas Perdana Menteri sudah tentulah kepada majoriti rakyat.  Perdana Menteri boleh bertahan dengan fitnah dan segala maki hamun yang dihambur kepada beliau tapi jangan tuduh rakyatnya setaraf dengan bintang, itu pantang!!

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/selepas-berpenyakit-rakyat-disamakan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...