BANGI, Sabtu – Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang, Ustaz Mokhtar Senik menyindir PAN apabila meluahkan rasa syukur atas ‘kekalahan DAP’ pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Selaku seorang ahli jemaah Islam, saya gembira dan syukur ‘DAP’ tidak menang di kedua-dua PRK tersebut.
“Kalau tak faham, PM (mesej) saya,” tulis beliau di Facebook sebentar tadi.
Sebelum ini, beliau dan pimpinan PAS lain sering membuat kenyataan bahawa PAN adalah tunggangan parti rasis dan cauvinis DAP.
Dalam kenyataan sama, beliau juga bersedih atas kekalahan calon PAS.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Nasrudin Hassan mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi dan tahniah kepada pihak yang memenangi kedua-dua PRK.
“Syabas saya ucapkan kepada semua petugas PAS yang bekerja keras. Meskipun belum berjaya memenangi pilihan raya, komitmen terhadap perjuangan Islam akan terus dipertingkatkan.
“Insya-Allah selepas ini postmortem akan dilaksanakan oleh pihak parti.
“Terima kasih kepada semua pengundi. Tahniah buat yang berjaya dalam dua pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar,” katanya
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/apa-maksudnya-itusyukur-dap-tak-menang.html
No comments:
Post a Comment