Ini betul-betul makan dalam... nampak sangat nilai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad di mata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Ini selepas isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mencabar Mahathir untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang sekiranya tokoh negara itu mahu terus membabitkan diri dalam kancah politik.
Untuk rekod, Wan Azizah adalah antara sebahagian tokoh politik pembangkang yang tidak menandatangani Deklarasi Rakyat anjuran Mahathir dan tidak pernah menghadiri majlis-majlis anjuran beliau.
Menurut Wan Azizah berkata, Mahathir perlu bertanding PRU bagi membuktikan dirinya layak untuk menerajui blok pembangkang.
"Jika beliau mahu menjadi Ketua Pembangkang, masuk bertanding dahulu. Atau sekurang-kurangnya menjadi ahli di mana-mana parti terlebih dahulu," katanya ringkas ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Mahathir ketika menjadi PM bertanding di Parlimen Kubang Pasu... bagaimanapun, beliau pernah kalah untuk bertanding sebagai perwakilan bahagian UMNO Kubang Pasu selepas tidak menjadi PM.
Pengaruh Mahathir diperingkat akar umbi amat diragui seperti kehadirannya di tiga PDM di Kuala Kangsar baru-baru ini yang tidak memberikan kesan langsung bahkan berlaku peningkatan undi di PDM Jerlun sehingga BN menang di kawasan tersebut yang tidak pernah dimenangi sejak tiga PRU Lepas.
Terdahulu, Dr Wan Azizah meluangkan masa kira-kira 10 minit menziarahi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP.
Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Abdul Rashid Hasnon dan Exco kerajaan Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/nak-jadi-ketua-pembangkang-wan-azizah.html
No comments:
Post a Comment