Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 1 June 2016

WOW...pimpinan PAS tampil bagai pahlawan Melayu di Muktamar Pemuda



Siapa yang hadir di majlis perasmian Muktamar Pemuda PAS di di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu pasti terkejut.Ini bila melihat agak lain macam senarionya.Bukan apa…tapi penampilan pimpinan PAS di majlis itu bagai pahlawan Melayu.

Ini jauh sekali dari kopiah dan jubah yang kebiasaan menjadi pakaian mereka.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang merasmikan muktamar segak bergaya dengan tengkolok dan keris tersemat di pinggang.

Begitu juga Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz.

Apakah imej baru ini ada kaitan dengan ‘perceraian’ PAS dengan geng Mat Sabu yang tubuh Parti Amanah Negara?

Atau apakah ia kena mengena dengan semangat menjelang dua pilihan raya kecil bulan depan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang ditandingi mereka?

Ini juga muktamar PAS pertama sejak tidak lagi dalam Pakatan.

Sementara itu bibit pergeseran dengan rakan lama mereka jelas terpancar bila Nik Abduh dalam ucapan  menggesa supaya pimpinan perlu menuntut semula kerusi yang dipinjamkan kepada PKR dan DAP dipulangkan kepada PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Katanya langkah tersebut perlu diambil kerana PAS sudah tidak lagi mempunyai hubungan dengan kedua-dua parti tersebut dan sudah serik dipergunakan semasa berada dalam blok pembangkang, Pakatan Rakyat sebelum ini.

“Cukuplah pengalaman lalu menjadi pengajaran di mana tenaga ahli kita ‘dipergunakan’ oleh rakan-rakan demi mencapai kemenangan, kemudian ‘ditinggalkan’ begitu sahaja.

“Sekiranya pimpinan ambil langkah berani tanding di kerusi yang selama ini ‘dipinjamkan’ kepada PKR dan DAP dlm PRU lepas, Pemuda PAS ikrar dan janji untuk ambil seribu satu langkah pastikan kemenangan berpihak kepada PAS,” katanya ketika menyampaikan Ucaptama pada muktamar itu.

Kata-kata Nik Abduh itu disambut dengan laungan takbir sebanyak tiga kali oleh para perwakilan.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/wowpimpinan-pas-tampil-bagai-pahlawan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...