Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 30 August 2016

Bekas MB Selangor Dr. Khir Toyo kahwin lagi

khir toyo

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Bekas menteri besar Selangor Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini melangsungkan perkahwinan kedua bersama pasangannya, seorang penjawat awam, Christine Zanitrah Abdullah.

Difahamkan Dr Mohamad Khir, 51, dan pasangannya Christine Zanitrah atau nama asalnya Christine Tan, 39, yang memeluk agama Islam pada April lepas, melangsungkan perkahwinan mereka di satu majlis dalam negara.

"Perkahwinan kedua Dr. Mohamad Khir itu berlangsung di dalam negara, Christine Zanitrah merupakan penjawat awam di Putrajaya," kata sumber terdekat dengan Dr. Mohamad Khir kepada Bernama.

Sumber tersebut turut mengirim beberapa keping gambar Christine Zanitrah pada majlis itu, yang memakai busana pengantin rekaan pereka terkenal Datuk Radzuan Radziwill.

Perkahwinan pertama Dr Mohamad Khir bersama Zaharah Kechik pada 1990 dan mereka dikurniakan seorang anak. Pasangan itu turut mempunyai lima anak angkat. - BERNAMA

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/bekas-mb-selangor-dr-khir-toyo-kahwin-lagi-1.375838#sthash.JwxGQboT.dpuf

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/bekas-mb-selangor-dr-khir-toyo-kahwin-lagi-1.375838

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...