Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 16 August 2016

Belia Cina tak reti berbahasa Melayu, di mana erti kerakyatan?



BANGI, Sabtu – Menjadi suatu yang malang bagi negara ini apabila memiliki warganegara yang tidak fasih bahkan ada yang langsung tidak tahu berbahasa Melayu.

Erti kerakyatan pihak yang langsung tidak tahu berbahasa Melayu terutamanya belia Cina dipersoalkan oleh pakar bahasa, Prof Dato’ Dr Teo Kok Seong.

“Kita dapat lihat pada hari ini orang bukan Melayu, belia Cina misalnya yang tidak fasih berbahasa Melayu sedangkan itu bahasa negara.

“Jadi bagi saya, malang sekalilah, (mereka adalah) warganegara, tapi tak tahu bahasa negara, jadi saya selalu bercakap isunya di mana erti kerakyatan? Ini sesuatu yang malang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu temu bual eksklusif bersama Ismaweb baru-baru ini sempena kempen sambutan bulan kemerdekaan.

Katanya, kewujudan anak muda Cina yang langsung tidak tahu berbahasa Melayu walaupun lahir dan membesar di Malaysia, adalah realiti yang betul-betul berlaku.

“Ini bukan tohmahan fitnah, ini perkara betul dan mungkin sesetengah daripada kita pun pernah mengalami,” katanya sambil menceritakan kisah benar yang dialami sendiri oleh anaknya ketika bertugas sebagai doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur.

Beliau yang merupakan Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), memberitahu bahawa pembentukan negara bangsa di negara kita mengalami masalah besar.

“Jadi pembentukan negara bangsa kita ini ada masalah, masalah besar, tapi orang politik tak nak bercakap tentang hal ini, tak pernah orang politik nak bercakap, sebab ya lah, kerjaya politik mereka akan terjejas, undi Cina tak dapat, orang Cina marah.

“Tapi sudah 60 tahun kita merdeka perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan, nak lihat warganegara sendiri yang tak boleh berbahasa negara, (keadaan ini) tak ada di tempat lain,” katanya lagi.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/belia-cina-tak-reti-berbahasa-melayu-di.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...