Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 16 August 2016

Bersangka baik sesama Islam - Asyraf Wajdi



PUTRAJAYA: Umat Islam perlu bersangka baik antara satu sama lain bagi mengelakkan perpecahan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata kasih sayang sesama Islam adalah antara akhlak Rasulullah SAW yang paling penting yang perlu dijiwai oleh umat Islam.

"Dunia media sosial hari ini menyebabkan kita jauh daripada akhlak Rasulullah, umpamanya kita begitu mudah percaya dan sebarkan berita yang tidak diketahui kesahihannya.

"Bahkan masalah-masalah remeh kadang kala diperbesarkan tanpa kita melihat yang kita berbicara itu saudara Islam kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Haul Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani anjuran Amanah Al-Wariseen dan Darul Jailani International di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini pada Sabtu.

Seramai 15,000 umat Islam dari dalam dan luar negara antaranya Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Afrika Selatan, Jordan, Kanada, Jerman, Indonesia, New Zealand dan Singapura menghadiri majlis itu yang bertemakan "Meraikan Rasulullah, Menyatukan Hati Ummah."

Turut hadir ialah bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.

Selain Asyraf Wajdi, turut menyampaikan ceramah pada majlis itu ialah ulama terkenal dari Makkah Umar Hamid Al-Jailani, Abu Bakr Al-Adni Al-Masyhoor dari Yaman, Sayyidi Sheikh Muhammad Yahyah Al-Ninowy dari AS, Hassan Al-Attas dari Singapura, dan Al-Sheikh Dr Mohammed Ibrahim Abdul Baeth dari Mesir.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/bersangka-baik-sesama-islam-asyraf-wajdi.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...