Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 20 August 2016

DAP Tuntut Lagi Akta Hasutan Di Mansuhkan



Akta Hasutan 1948 merupakan suatu akta undang-undang di Malaysia yang digubal untuk menghalang perbincangan yang dikatakan sebagai menghasut.

Terdapat gerakan yang terdiri daripada NGO-NGO Cina yang dikatakan disokong dan ditaja oleh individu tertentu dalam Majlis Peguam yang mendapat sokongan daripada pembangkang mendesak untuk memansuhkan Akta Hasutan

Kenyataan bodoh yang dikeluarkan oleh Setiausaha Publisiti Wanita DAP Kebangsaan, Kasthuri Patto adalah semata-mata bertujuan untuk kepentingan politik DAP dan tidak pernah memikirkan tentang keselamatan dalam negara jika akta ini dimansuhkan.

Bukan itu sahaja pihak atau kaum lain akan berhak mempertikaikan kewarganegaraan yang dimiliki oleh Setiausaha Publisiti Wanita DAP Kebangsaan, Kasthuri Patto ini dan melakukan satu tindakan yang di luar batasan tanpa  ada sekatan drastik dari satu sistem perundangan yang tegas.

Desakan untuk memansuhkan Akta Hasutan adalah timbul daripada perasaan tidak puas hati dengan peruntukkan perlembagaan yang sedia ada. Bagi mereka yang ingin memansuhkan Akta Hasutan ia melihat sebagai adalah halangan mengubah perlembagaan yang melibatkan hak keistimewaan orang Melayu.

Sememangnya ini merupakan halangan bagi DAP untuk mempertikaikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan negara kerana didalam akta hasutan terdapat beberapa perkara didalam Perlembagaan tidak boleh sama sekali dipertikaikan termasuk hak-hak orang Melayu, Raja, Agama Islam

Mereka mahukan atau mahu menghapuskan apa yang ada pada orang Melayu tetapi mereka tidak mahu melepaskan apa yang ada pada mereka. Setiausaha Publisiti Wanita DAP Kebangsaan, Kasthuri Patto harus melihat secara terang dan jelas dan jangan kerana politik DAP semuanya mesti dilanggar.

Tiada hujah-hujah yang konkrit untuk memansuhkan Akta Hasutan. Kebebasan ini terikat dengan syarat yang jelas dalam Perlembagaan, termasuklah keselamatan negara dan ketenteraman awam. Apakah Setiausaha Publisiti Wanita DAP Kebangsaan, ini mahu melihat satu keadaan yang tidak tenteram berlaku dalam Negara dimana semua orang bebas melakukan hasutan sehingga menjejaskan keselamatan Negara?

Belum terbukti masyarakat kita akan aman sejahtera tanpa undang-undang yang mengawal tindakan luar batasan masyarakat majmuk. Belum pasti juga undang-undang yang akan menggantikannya menepati keperluan kita.

Sudah pastinya DAP akan menggunakan media luar untuk mempertikaikan isu Akta Hasutan ini dan sudah pastinya isu kebebsan bersuara akan diselitkan untuk seiring dengan hak asasi yang menjadi benteng pembangkang untuk menuntut kepada kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948 ini.

Negara luar yang sudah pastinya  memihak kepada kebebasan dalam  banyak perkara sudah tentu tidak memahami  konsep dan ancaman impak kehidupan berbilang kaum dalam negara ini dan dengan mudah mereka mempertikaikannya.

Kecenderungan untuk menghasut bagi membangkitkan rasa tidak setia kepada negara, raja-raja sebagai ketua utama negara  dengan kata-kata cerca diibaratkan mencerca negara dan menjatuhkan martabat negara itu sendiri. Sesiapa yang ingin menimbulkan rasa kebencian tersebut perlu dihukum.

Jika tiada Akta Hasutan maka sesiapa bebas mencerca dan menghina institusi penting negara di laman sosial. Sedangkan dimasa ini kita melihat kerajaan masih lagi teragak-agak untuk menjatuhkan hukuman yang berat berlandaskan kesalahan berat  dalam Perlembagaan Negara.

Jika perkara ini tidak dibendung dan diambil tindakan, maka satu hari nanti sudah pastinya rakyat yang tidak bertanggungjawab akan melakukan apa sahaja untuk menghina, mengeji serta melakukan hasutan dengan bebas tanpa rasa takut dan bersalah.

Sebagai rakyat Malaysia kita tidak perlu banyak memikirkan dengan gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya akta berkenaan dihapuskan kerana bercanggah dengan hak asasi manusia. Tetapi DAP lebih kepada gesaan tersebut adalah untuk menghancurkan perlembagaan yang melindungi hak orang Melayu yang termaktub.

Ini adalah tujuan DAP yang sebenarnya dan bukan isu kepada hak kebebasan tersebut.  Agenda tersirat yang telah lama terpendam  sejak 1969 masih tidak dapat dilaksanakan dengan kekangan yang terdapat dalam Akta Hasutan 1948.

Tiada cara lain bagi  DAP akan terus melakukan desakan untuk menghapuskan kekangan tersebut demi memastikan Malaysia akan kehilangan segalanya yang memihak kepada orang Melayu. Kegembiraan DAP satu ketika dahulu bila mana  ISA dimasuhkan dan ianya telah memberikan kesan jangka panjang dalam keselamatan Negara.

Kesilapan ini tidak harus dilakukan lagi oleh kerajaan dengan memansuhkan Akta Hasutan yang mana  akan menimbulkan kerosakan kepada keharmonian kaum dalam negara ini. Perkara ini pasti akan berlaku. Kekuatan pasukan keselamatan akan tergantung dan tidak ada apa pun cara dapat digunakan untuk membenteras  tindakan pelampau.

Ini lah akibatnya apabila Melayu berpecah dan tidak bersatu maka pelbagai tuntutan yang keterlaluan akan timbul. Mereka menganggap Melayu lemah jika setiap tuntutan mereka dipenuhi dan ini akan menimbulkan tuntutan melampau yang berterusan.

DAP sebagaimana kita ketahui  terlalu sensitif dan mengambil kira pandangan orang bukan Melayu apabila ingin lakukan sesuatu tetapi sebaliknya adakah orang bukan Melayu lakukan perkara yang sama dan mengambil kira pandangan orang Melayu?

Orang bukan Melayu menyertai gerakan menuntut kemerdekaan apabila mereka melihat ia akan menjadi kenyataan untuk menjaga kepentingan mereka. Pada masa itu pun tujuan mereka sudah berlainan

Akta Hasutan bukanlah untuk menjaga kepentingan kaum Melayu tetapi melibatkan semua kaum. Apa yang akan terjadi kepada kaum bukan Melayu sekiranya Akta Hasutan dihapuskan dan semua orang Melayu bangkit bertindak mempersoalkan kewarganegaraan kaum lain?

PRU14.tv

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/kenapa-takut-sangat-tu-dap-tuntut-lagi.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...