Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 28 August 2016

Kalau begitu, siapa PM sebenar semasa 22 tahun?



Selalunya setiap kali dikritik menyalahgunakan ISA, Tun Dr Mahathir akan kata dia lepaskan tahanan ISA sebaik naik jadi PM.

Maka sebaik sahaja naik jadi PM, Dato Najib juga ikut jejak langkah Mahathir yang merupakan mentor padanya untuk lepaskan tahanan ISA. Malah dia pertingkatkan contoh baik Mahathir hingga dia hapuskan ISA dan batalkan EO.

Agak kecewa bila diketahui bahawa Mahathir yang kini sudah lebih liberal dalam serba serbi bukan orang yang sebenarnya bertanggungjawab tahan ramai orang bawah ISA. Dia kata mantan Timbalannya dalam Kementerian Dalam Negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid yang arah dan dia ikut saja.


Ada yang marah dan anggap Mahathir tidak bertanggungjawab untuk berkata demikian. Ada kata Mahathir berbohong. Penyokong taksub sedia terima berbohong sebagai taktik politik. 

Mungkin Mahathir hanya terlepas cakap. Agak pelik kuasa yang begitu besar diserahkan kepada orang lain bertaraf Timbalan Menteri sahaja. 

Jika demikian, Najib hanya mengikut contoh baik arwah Megat Junid.




Husin terfikir pula.

Mahathir sering menuduh Najib sudah dicucuk hidung dan ikut telunjuk isterinya Datin Rosmah. Jika benar, berkemungkinan Najib mengikut contoh dari mentornya juga.

Dan selama 22 tahun, Mahathir pun hanya sign dan ikut arahan Tun Siti Hasmah juga. Tak sangka Tun Siti merupakan kuasa sebenar disebalik Mahathir.

Wow! Padan orang putih perkenal isteri sebagai "my better half". 

http://blog2-barisan.blogspot.my/2016/08/the-antics-of-husin-lempoyang_25.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...