Tajuk 862: Kenapa PhD mesti tebal?
Aku suka karipap yg kulitnya nipis..
Ramai yang kecoh2 PG mesti baca jurnal sampai beratus… malah beribu artikel.. tak PhD kalau tak membaca sampai menangis… malah baca buku mesti dari kulit ke kulit… baca sampai ke artikel akar umbi… malah kalau buat proposal mesti sampai beratus mukasurat sebelum boleh defense… LR dalam proposal pulak mesti tebal2, mendalam dan semua tu mesti ada supaya sampai tahap PhD !
Betul ke?
Aku cuma nak tanya… kalau itulah kebenarannya, baik wujudkan sahaja PhD dgn coursework… tak yahlah sibuk2 tulis proposal ratusan mukasurat, gantikan saja dengan tugasan siapkan 10 review paper dgn setiap paper mesti review 50 -100 artikel. Kalau boleh tambah lagi kupasan 10 buku dan setiap kupasan mesti melebihi 300 pages ! Kalau beginilah baru dikatakan maqam PhD… kenapa tidak?
PhD dan research.
Pengetahuan boleh dicari dgn tugasan2 yang disebutkan diatas… malah ramai yang boleh membaca dan mendalami banyak perkara tanpa PhD pun. PhD dan research tak dapat dipisahkan. Research adalah satu kemahiran unik. Membaca jurnal dan apa sahaja rujukan utk membuat research lebih bertujuan menjustifikasikan keperluan kajian yang dilakukan dgn menjurus hasilnya kepada sumbangan utk lebih memahami pengetahuan semasa. Kemahiran membuat research dgn teliti dan memahami setiap langkah yang diambil serta aspek2 methodology itulah yang menjadi keperluan adanya research dalam PhD, bukan LR yang menjela yang perlu dicungkil sampai ke akar umbinya.
Proses membuat kajian inilah yang perlu diletakkan keutamaan.. dipantau utk dikuasai PG… dan sebahagian besar masa diperuntukkan utk kajian dijalankan dgn teliti… lalu meningkatkan validity dan significant dapatan utk dikongsi dalam jurnal berimpak tinggi. Sebab itu jugalah artikel2 perlukan dapatan yang hebat dgn teori yang precise dan concise sahaja, bukan yang mnjela2 dan bergulung2 macam roti jala.
PhD tidak akan lebih baik dgn membaca 1000 artikel sehingga dicari asal usulnya tapi PhD yag baik berasaskan kajian dan pilihan bacaan yang teliti yang akhirnya memberi “wisdom’ dan ‘insight’ kepada pengetahuan yang ada, mempersiapkan diri sebagai independent researcher selepas bergraduat. Malah… tiada masalah pun kajian yang hanya berasaskan teori semasa yang simple tetapi dikaji secara teliti dan mendalam sebagai proses latihan menjadi researcher yang kompeten.
Kajian PhD yang hebat2 datang dari idea yang hebat….penerokaan ilmu yang novel... yang menyumbang kepada kemajuan pengetahuan menuju masa depan.... bukan dari pembacaan meleret yg dibuat2… dan apa masalahnya tesis PhD yang nipis tetapi menghasilkan dapatan yang lebih “mengancam” ? Aku lebih suka karipap yang kulitnya nipis supaya terasa inti di dalamnya dari karipap yang kulitnya tebal…mengelembong akibat terlebih tepung!
No comments:
Post a Comment