Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 4 August 2016

Kerajaan Selangor Akui Pindah Status Tanah Wetlands



SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akhirnya mengaku telah membuat pindahan ke atas status tanah di Paya Indah Wetlands walaupun sebelum ini menafikan mengenainya.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong dalam sidang medianya semalam bagaimanapun cuba berdolak-dalik mengenai pendedahan yang dibuat Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dengan mendakwa Lot Tanah Milik Salak Land Development Sdn Bhd (Lot 68054) termasuk di dalam kawasan Paya Indah Wetlands.

“Apa yang diluar Lot 4827 dan 3974 bukan di dalam Paya Indah Wetland. Lot dengan pemilik (adalah) lain dan sebagainya.

“Saya rasa itu lot di luar kawasan Paya Indah, ia adalah lot persendirian. Lot (4827 dan 3974) adalah jelas dan kita tidak sekalipun berniat untuk pelingkungan semula yang telah diwartakan oleh Jabatan Perhilitan Pusat sebagai Rizab Tanah Paya sejak 1998,” jelas beliau.

Kenyataan Elizabeth itu secara tidak langsung menjelaskan bahawa status tanah berkenaan sememangnya telah ditukar daripada kawasan pertanian kepada kawasan pembangunan seperti yang didedahkan oleh Badrul.

Terlebih dahulu pada hari yang sama Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard telah mengadakan sidang media mendesak Elizabeth supaya meletakkan jawatan kerana didakwa telah mengeluarkan kenyataan palsu berhubung status tanah berkenaan.

Tampil dengan beberapa dokumen bagi mengukuhkan dakwaannya itu, Chegubard menegaskan tercatat dengan jelas pada dokumen-dokumen tersebut yang membuktikan Elizabeth telah berbohong di dalam kenyataan yang dibuatnya sebelum ini.

“Bersama ini salinan Catatan Carian Persendirian tercatat dengan jelas tanah milik Salak Land Development Sdn Bhd, no. lot 68054 telah ditukar status ke kawasan pembangunan pada tahun 2015 dan geran juga telah siap dipinda pada 9 April 2016.

“Dengan fakta dan salinan ini sahaja sudah membuktikan Exco kerajaan negeri berbohong dan kami penggerak Parti Keadilan Rakyat (PKR) akar umbi mendesak beliau bertanggungjawab dan meletakkan jawatan atas pembohongan beliau,” tegas Chegubard.

Mengulas mengenainya, Elizabeth menyifatkan tuduhan dan pendedahan tersebut sebagai tidak berasas.

“Mungkin ada sesetengah orang tak tahu baca peta,” katanya.
Untuk rekod, empat Menteri Besar sebelum ini telah menolak permohonan mengubah dan meminda status tanah di Paya Indah Wetlands kerana mahu mengekalkan kawasan tersebut sebagai kawasan hijau tidak seperti yang dilakukan oleh Azmin yang menukar kawasan berkenaan bagi tujuan pembangunan.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/kerajaan-selangor-akui-pindah-status.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...