Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 30 August 2016

Kronologi: Mahathir Ingin Selamatkan Siapa?



SENDIRI mahu fikirlah jika benar Mahathir hendak “Selamatkan Malaysia” atau kerana 1MDB / RM2.6b / MPP atau untuk agenda peribadi beliau iaitu dendam

Ini kronologi yang perlu diketahui… Fikirkan lah:

21 Oktober 2013 – Anak Mahathir, Mukhriz kalah dalam pemilihan UMNO kepada sepupu Najib Tun Razak.

29 Oktober 2013 – Mahathir menuduh puak Najib membeli undi dalam pemilihan UMNO pada Oktober 2013.

30 Oktober 2013- Tuduhan Mahathir mengenai politik wang dalam UMNO tidak betul, kata ahli Majlis Tertinggi.

2 Disember 2013 – Mahathir berundur daripada jawatan Petronas konon kerana masalah kesihatan.

4 Disember 2013 – Mokhzani Mahathir letak jawatan Eksekutif Pengarah SapuraKencana dan menjadi Pengarah Bukan Eksekutif.

9 Januari 2014 – MTEM kesal dengan dakwaan “layanan buruk” oleh Petronas terhadap bekas penasihatnya, Mahathir.

19 Februari 2014 – Mokhzani jual 190,300,000 saham SapuraKencana berjumlah RM818.3 juta – mengurangkan pegangan ketara.

21 Mei 2014 – Mahathir dilantik sebagai pengerusi Proton.

21 Julai 2014 – Proton meminta dana RM1.7 bilion untuk pembiayaan (tidak diberi).

18 Ogos 2014 – Mahathir menarik balik sokongan kepada kerajaan Najib.

12 Disember 2014 – Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap 1MDB.

4 Mac 2015 – Mokhzani meletakkan jawatan sepenuhnya daripada SapuraKencana Petroleum.

13 Mac 2015 – Mahathir melancarkan serangan besar-besaran terhadap 1MDB, Najib dan keluarga.

4 April 2015 – Mahathir mendesak Najib letak jawatan sebagai perdana menteri.

26 Jun 2015 – Najib menangguhkan pemilihan jawatan UMNO selama 18 bulan.

2 Julai 2015 – Wall Street Journal mendedahkan RM2.6b dalam akaun Najib.

3 Julai 2015 – Pasukan Petugas Khas ditubuhkan. Gani Patail mengesahkan serbuan di MPP, Mentari dan Ihsan Perdana pada hari sama.

7 Julai 2015 – Raja Petra Kamaruddin mendedahkan 3 Tan Sri mengatur konspirasi rampasan kuasa.

25 Julai 2015 – Mahathir mengucapkan “Selamat Bersara” kepada Najib.

28 Julai 2015 – Muhyiddin, Shafie, Gani dan Ketua SB diganti.

30 Julai 2015 – Sarawak Report siar kertas pertuduhan terhadap Najib, yang dinafikan SPRM kerana siasatan masih belum selesai.

19 Ogos – 20 September – Khairuddin dan Matthias Chang pergi seluruh dunia buat laporan dan serah dokumen kepada agensi asing

20 September 2015 – Khairuddin dan Matthias Chang ditangkap di Malaysia.

6 Februari 2016 – Mukhriz terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah

29 Februari 2016 – Mahathir sekali lagi keluar dari UMNO.

4 Mac 2016 – Mahathir tandatangan Deklarasi Rakyat bersama pembangkang untuk guling Najib dan “Selamatkan Malaysia”

9 April 2016 – Mahathir menyeru bantuan kerajaan asing untuk campur tangan hal ehwal dalaman Malaysia.

20 Julai 2016 – DOJ Amerika Syarikat fail saman sivil berkaitan 1MDB terhadap 4 individu berdasarkan maklumat diterima daripada pihak-pihak yang tidak dinamakan di Malaysia.

26 Julai 2016 – Naib Ketua Pemuda UMNO membuat laporan polis terhadap 3 Tan Sri terlibat dalam konspirasi guling Najib.

9 Ogos 2016 – Muhyiddin serah permohonan daftar parti baharu dengan Mahathir jadi pengerusi

21 Ogos 2016 – Mahathir mengesahkan memang ada konspirasi 3 Tan Sri.

23 Ogos 2016 – Sarawak Report mengesahkan kewujudan konspirasi 3 Tan Sri.

24 Ogos 2016 – Mahathir berkata sebenarnya terdapat 4 Tan Sri dan dakwa salah seorang Tan Sri jadi pengkhianat.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/kronologi-mahathir-ingin-selamatkan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...