KUALA LUMPUR, Isnin – Sekumpulan mahasiswa pro-kerajaan membantah tindakan penganjuran himpunan #TangkapMalaysianOfficial1 yang mengheret mahasiswa ke jalanan.
Malah, jurucakap Mahasiswa Turun Parlimen (Mantap), Mohd Afifi Mohd Aris berkata, himpunan #TangkapMO1 itu hanya merugikan masa mahasiswa.
“Kita bersama 10 NGO sebulat suara tampil menolak dan menghalang rakan mahasiswa turun berhimpun pada 27 Ogos ini,” katanya sewaktu ditemui pemberita, selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, hari ini.
Katanya, tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (DoJ) merahsiakan identiti sebenar MO1 telah menyebabkan mahasiswa terperangkap dalam permainan persepsi parti pembangkang.
“DoJ menimbulkan fitnah terhadap MO1 yang mengaitkan dengan seorang individu sehingga membuatkan mahasiswa terhasut dan turun ke jalan menggangu ketenteraman awam.
“Jangan kita menjadi keldai, diperbodohkan, digunakan oleh politik pembangkang khususnya untuk menjatuhkan moral mahasiswa hari ini.
“Parti politik yang didalangi Pakatan Rakyat, DAP, PAS dan sebagainya telah menghasut kononnya ada individu dikaitkan dalam MO1,” katanya.
Dalam masa yang sama, beliau berkata, jika tiada tindakan diambil oleh DoJ, 10 NGO mahasiwa tidak teragak-agak untuk menghantar memorandum ke kedutaan Amerika Syarikat.
“Kita sepakat akan hantar memorandum terhadap kedutaan AS. Ini bermula daripada DoJ di Amerika Syarikat kerana telah mengeluarkan persepsi bahawa MO1 ini berada di Malaysia,” katanya.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/kumpulan-mahasiswa-pro-kerajaan-bantah.html
No comments:
Post a Comment