Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 27 August 2016

Mahathir Terlepas Cakap Konspirasi 3 Individu Mahu Gulingkan Perdana Menteri ?



DIKIANATI DAN ADA YANG BELOT!

Itulah yang boleh digambarkan dari pendedahan secara tidak senaja oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad yang secara tidak langsung mengesahkan dakwaan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam laporan Polis yang dibuat sebelum ini dan digugurkan oleh Ketua Polis Negara.

Sebaik baiknya Ketua Polis Negara wajar membuka semua kertas siasatan lantaran pendedahan ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa tiga pegawai tinggi kerajaan yang dituduh bersubahat untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Razak, 'dikhianati' seorang daripada mereka.

Dr Mahathir berkata, jika pegawai terbabit iaitu bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed tidak dikhianati, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah berdepan tindakan undang-undang.




"Saya fikir, Zeti tidak bersalah, begitu juga Abu Kassim dan Abdul Gani namun mereka dikhianati oleh salah seorang dalam kalangan mereka.

"Jika tidak, Najib sudah berdepan dengan tindakan sekarang," katanya dalam sidang media di sini, pada Ahad. Yang turut hadir, Presiden Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Dr Mahathir berkata demikian susulan tuduhan mengatakan beliau bersubahat dengan tiga pegawai terbabit untuk menjatuhkan Najib.

"Semua tidak benar sama sekali. Saya berharap kami boleh lakukan. Memang saya berharap," katanya. Bagaimanapun, ketika diminta mendedahkan siapakah pengkhianat itu dan individu yang beliau maksudkan itu, Dr Mahathir dengan pantas berkata, ia hanya khabar angin saja. Beliau turut melahirkan kebimbangan berdepan tindakan undang-undang jika terus memperkatakan hal berkenaan.

"Ini semua hanya khabar angin, saya tidak cakap. Saya tidak mahu mereka menyaman saya kerana saya tidak mempunyai wang yang banyak seperti Najib miliki," katanya.

Sebelum ini, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun mendakwa Zeti, Abdul Gani dan Abu Kassim bersubahat dengan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib. Khairul Azwan mendakwa ia berdasarkan kepada komen bersama antara Dr Mahathir dengan Zeti, Abdul Gani dan Abu Kassim mengenai laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dengan media antarabangsa di Jakarta, Indonesia.

Komen berkenaan dijangka dikongsikan bersama trio terbabit ketika sidang media khas, akan dirakam dan klip video itu akan dihantar kepada Dr Mahathir. Khairul Azwan berpendapat laporan polis yang dibuatnya tempoh hari terhadap tiga individu terbabit adalah faktor yang menyebabkan rancangan mereka gagal.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/mahathir-terlepas-cakap-konspirasi-3.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...