Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 28 August 2016

Kurang 1000 hadir #tangkapMO1 gagal dapat sambutan


Himpunan haram #TangkapMO1 gagal mendapat sambutan apabila kurang daripada seribu orang sahaja yang hadir.
 
Malah, ia langsung tidak mencapai sasaran kerana kerana sebelum ini kumpulan pelajar tersebut yakin akan dapat mengumpulkan ribuan peserta dalam himpunan tersebut.
 
Himpunan #TangkapMO1 itu bermula pada jam 2 petang dimana mereka telah menetapkan beberapa titik pertemuan iaitu di pusat beli belah Sogo serta Masjid Negara.
 
Mereka kemudian berarak ke Dataran Merdeka, namun pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak memberi kebenaran untuk menggunakan kawasan tersebut.
 
Dalam masa yang sama, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang dikatakan akan hadir juga langsung tidak kelihatan.
 
Ini jelas menunjukkan yang himpunan tersebut tidak mendapat sokongan daripada keseluruhan pemimpin utama pembangkang, tetapi mereka hanya digunakan demi kepentingan politik semata-mata.
 
Sepanjang himpunan tersebut, peserta hanya melaungkan ‘tangkap Najib’ sambil memegang poster #Tangkap MO1 27 Ogos 2016 Kuala Lumpur.
 
Selain itu beberapa ucapan turut diberikan oleh beberapa aktivis.
 
Peserta dilihat beredar pulang kira-kira jam 4.30 petang dan berakhir dengan tiada sebarang provokasi.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/kurang-1000-hadir-tangkapmo1-gagal.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...