Betul ke tak betul itu belakang cerita. Namun ini adalah ramalan Tun Musa Hitam. Sebagai orang lama dalam politik beliau tentu ada ‘bacaan’ sendiri hingga membuat kesimpulan ini.
Bekas Timbalan Perdana Menteri menduga kemungkinan pilihanraya umum akan diadakan tidak lama lagi.
Beliau rasa BN akan ambil langkah politik itu sebelum Parti Pribumi Bersatu Malaysia naungan Tun Dr Mahathir Mohamad dan dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dapat bertapak kukuh.
Bercakap dalam sidang akhbar selepas satu majlis di Kuala Lumpur Rabu, Musa menilai berdasarkan sejarah dan pengalaman parti itu akan berdepan kesukaran untuk capai kata sepakat khususnya dalam soal agihan kerusi untuk bertanding dalam pilihnaraya.
"Mereka mesti menang pilihan raya dan untuk memenangi pilihan raya, mereka mesti (bersetuju) mengenai peruntukan kerusi. Itulah kemuncaknya.
"Mereka mesti mempunyai pendapat yang sama mengenai peruntukan kerusi. Kebanyakan pada masa lalu, ia tidak pernah berhasil," katanya.
Selain itu dalam soal persetujuan bersama daripada parti pembangkang bagi membentuk satu kuasa yang padu.
Katanya kesukaran ini bakal dihadapi samaada Parti Pribumi bergerak sendirian atau bersama dengan pakatan pembangkang.
"Berdasarkan pengalaman dan sejarah, telah terbukti bahawa setakat ini parti pembangkang gagal mencapai persetujuan bersama daripada soal pengagihan kerusi hingga mengenai dasar dan perjuangan parti masing-masing," kata Musa.
Mengenai ramalan PRU14 akan diadakan dalam masa terdekat, bekas Timbalan Perdana Menteri itu enggan sebut bila tarikhnya.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/laluan-sukar-parti-muhyiddin-kerjasama.html
No comments:
Post a Comment