Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 12 August 2016

Masa depan suram parti Muhyiddin...



Ditolak oleh dua pengasas Kempen Selamatkan Malaysia, DAP enggan beri kerjasama pada parti berasaskan kaum selain tidak menyakinkan ramai ahli akademik dan tokoh politik macam Tun Musa Hitam kerana tiada faktor wow.

Kasihan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru dua hari serah pendaftaran parti baru dah macam-macam kena balun.

Jika macam inilah reaksi awal, sudah boleh jangka bahawa parti Muhyiddin itu berdepan laluan kabur untuk bertahan dan maju.

Barisan kepimpinannya adalah pemimpin 'kitar semula' dengan pengerusi parti berusia lebih 90 tahun dan berada di hospital pada hari pendaftaran parti.

Apatah lagi jika mengambil kira realiti politik Malaysia.

Ambil contoh mudah, ketika PRU13, pembangkang membahagikan 222 kerusi Parlimen antara tiga parti, kini dengan kehadiran Parti Amanah Nasional (PAN), Ikatan dan parti Muhyiddin perlu dibahagi enam.

Dan sudah pasti parti-parti lain tidak mudah untuk melepaskan kerusi mereka kepada parti baru macam PAN, Ikatan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi).

Belum apa-apa sejak didaftarkan... dua orang merupakan anggota teras Kempen Selamatkan Malaysia Datuk Khairuddin Abu Hassan dan Datuk Zaid Ibrahim tolak untuk menyertai parti Muhyiddin.

Semua itu menunjukkan orang tidak yakin dengan masa depan parti dan kepimpinan bekas timbalan perdana menteri itu.

Pada Khamis, Pemuda DAP pula mengeluarkan kenyataan menolak kerjasama dengan parti Muhyiddin.

Jurucakapnya Chiong Yoke Kong berkata parti politik yang mengamalkan diskriminasi kaum tidak akan menyelamatkan Malaysia sebaliknya hanya akan terus bermaharajalela di negara ini.

“Usaha untuk menjadikan ahli bukan Melayu sebagai ahli bersekutu (sekunder) serta melarang ahli-ahli tersebut daripada mengundi serta menyertai pemilihan parti adalah salah satu bentuk politik perkauman.

“Sesebuah parti politik yang membezakan ahli mengikut kaum dan warna kulit jelas merupakan diskriminasi kaum,” katanya.

Untuk rekod, parti yang didaftarkan Muhyiddin pada Selasa itu membuka keahlian hanya kepada warga negara Malaysia Melayu dan Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.

Yoke, pengarah pendidikan politik Pemuda DAP, berkata dasar kaum parti Muhyiddin itu merupakan percaturan politik silam yang tidak harus diguna pakai lagi.

“Dan sudah pasti rakyat tidak akan mengundi parti sebegini yang hanya ditubuhkan untuk menumpaskan rejim Najib” tegasnya.

Bagi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yakin parti Muhyiddin itu tidak akan panjang.

“Mereka boleh berusaha untuk memecahbelahkan ahli UMNO seperti mana UMNO diharamkan pada 1988 dan usaha juga dibuat bagi memecahkan UMNO pada tahun 1998 walaupun separa berjaya ketika itu tetapi jelas roh UMNO tetap utuh.

“Saya tidak mahu memperkecilkan mana-mana usaha pihak lawan dan jauh sekali untuk merendahkan mereka tetapi saya harap dan menaruh keyakinan yang UMNO akan tetap utuh, tetapi jangan pernah menidakkan bahawa usaha hendaklah dilakukan bagi menentukan kita kekal dengan memperkasakan kedudukan dalam UMNO,” katanya.

Sebelum parti Pribumi, katanya, telah wujud parti Kemerdekaan Negara, parti Semangat 46 (S46) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang terhasil daripada bekas pemimpin UMNO.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/masa-depan-suram-parti-muhyiddin.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...