Politik sebenarnya tidak mengenal siapa lawan siapa kawan dan pada bila-bila masa sahaja mereka akan menjadi seteru kepada kepimpinan yang sedia ada. Tetapi sebagai masyarakat majmuk di Malaysia, orang Melayu sebenarnya telah ketinggalan jauh dari segi penyatuan mereka dalam sudut berpolitik.
Sehingga 10 Ogos 2016, parti yang berteraskan kaum Melayu telah terbahagi kepada 5 parti yang masing-masing mempunyai perjuangan dan agendanya yang tersendiri.
Begitu juga dengan peranan umat Islam di Malaysia sekiranya mereka bersatu, institusi Islam itu sendiri akan kukuh dan ianya akan dapat menyumbang usaha menentang agenda politik yang diperjuangkan DAP sekaligus dapat menghalang DAP daripada memerintah negara ini.
Namun persoalannya dapatkah umat Islam menyahut seruan untuk bergabung dan bersatu? sedangkan sudah ada dalam kalangan pemimpin Melayu sendiri yang berpandapat.....
"Apa salahnya DAP memerintah negara ini?"
Sekiranya dilihat situasi semasa, sokongan rakyat kepada DAP tidaklah sekuat mana, mereka hanya bergantung kepada pengundi Cina yang menyokong mereka atas dasar kaum dan tuntutan untuk kepentingan mereka yang tidak sesuai dibawa oleh pemimpin Melayu.
Apa yang membuatkan parti DAP ini kukuh sehingga dapat memenangi kerusi yang banyak dalam beberapa siri pilihanraya yang lepas adalah kerana parti dan kepimpinan Melayu yang membantu DAP dalam mencapai cita-cita politiknya.
Kita tidak boleh menyalahkan DAP dalam situasi ini kerana DAP telah menggunakan kebijaksaan mereka untuk memanipulasi perpecahan dalam kalangan orang Melayu bagi meraih kemenangan dan keuntungan. Mereka akan mendapat untung setiap kali ada perpecahan parti yang berlaku terutama sekali apa yang berlaku dalam Umno dan Barisan Nasional.
Penubuhan parti AMANAH dan BERSATU yang berpaksikan Melayu adalah contoh yang paling ketara. Keadaan itu sudah tentulah meletakkan kuasa politik Melayu dalam bahaya, apatah lagi sekiranya pembangkang memerintah. Apabila DAP mendapat kuasa yang mereka idam-idamkan selama ini, maka parti itulah yang akan menentukan segala-galanya apa yang akan berlaku di dalam negara kita.
Orang Melayu sepatutnya memahami ancaman itu, mereka perlu memikirkan apa yang boleh mereka tinggalkan sebagai panduan pada generasi akan datang. Keutamaan yang perlu dipertahankan adalah mempertahankan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dari terus dinodai oleh pihak yang selama ini ingin mengambil kesempatan.
Kita tidak mahu generasi kita akan menangis di tanahair sendiri kerana mereka dihimpit dengan pelbagai masalah yang membelenggu mereka bagi meneruskan survival hidup. Jika dilihat dinegara yang sedang menganjurkan sukan Olimpik di Rio Brazil, anak mudanya ramai yang menjadi gelandangan dan jenayah seperti ragut berlaku setiap minit. Mereka melakukan jenayah tersebut tanpa segan silu dan mangsa terpaksa melepaskan harta benda mereka sekiranya mahu keselamatan mereka tidak terus diancam.
Kita tidak mahu anak muda Malaysia menjadi seperti di Brazil, apa yang rakyat Malaysia harapkan dibawah perpaduan dan keamanan yang terjalin sehingga kini berkekalan sepanjang masa. Manakala kerajaan yang memerintah menjalankan peranannya sebagai kerajaan yang terus melindungi rakyat dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/melayu-semakin-berpecah-dap-yang-untung.html
No comments:
Post a Comment