Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 12 August 2016

MH370 menjunam 6,096 meter seminit – Saintis



Saintis pertahanan Australia yang memeriksa isyarat daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 mendedahkan, jet penumpang itu menjunam pada kelajuan sehingga 6,096 meter seminit sebelum terhempas di Lautan Hindi di luar pantai Australia Barat pada 8 Mac 2014.

Media Australia melaporkan, analisis data dan simulasi pengeluar jet, Boeing menunjukkan, jet itu berkemungkinan kehilangan kuasa enjin sebelum terjunam dari langit selepas kehabisan minyak sebelum terhempas pada pukul 8.19 pagi waktu tempatan.

Pendedahan itu sekali gus menimbulkan keraguan terhadap teori sebelum ini yang mendakwa jet berkenaan masih dalam keadaan baik selepas cuba mendarat secara normal atau terhempas semasa mendarat di atas air sebelum musnah.

Jika sebuah pesawat cuba membuat pendaratan biasa atau terhempas semasa mendarat di atas air, jet itu akan bergerak pada kelajuan 609 meter seminit.

Ketua Pesuruhjaya Biro Ke­selamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Greg Hood berkata, analisis saintis tentang isyarat itu hampir sepadan dengan senario penerbangan yang mengandaikan jet ber­kenaan tidak dikawal juruterbang sebelum terhempas.

Ini katanya sama sekali bercanggah dengan teori pendaratan MH370 sebelum ini.

Saintis Australia percaya, sebelum terhempas jet itu membuat beberapa isyarat komunikasi (handshake) automatik dengan satelit di daratan berhampiran Perth di Australia Barat.

Selepas enam isyarat komunikasi, isyarat ketujuh dari jet itu menunjukkan berlaku ke­gagalan enjin dipercayai akibat kekurangan minyak.

Data itu sekali gus mengesahkan teori bahawa MH370 menjunam dari langit selepas kehabisan minyak dan tidak meluncur untuk mendarat di atas Lautan Hindi.

Hood sementara itu berkata, isyarat data tersebut bermakna, MH370 mungkin terhempas pada kawasan pencarian seluas 120,000 kilometer persegi dalam kawasan carian pihak berkuasa Australia.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/mh370-menjunam-6096-meter-seminit.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...