Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan punca musuh-musuh politik menyerang kepimpinannya dengan menyifatkan ia sudah menjadi lumrah kehidupan apabila seorang ketua dijadikan sasaran.
Mengambilkira konteks semasa, Najib berkata dalam mana-mana strategi politik untuk menjatuhkan kerajaan, pihak lawan akan mencari kelemahan ketua untuk menjatuhkan mana-mana institusi kerajaan.
“Kita mesti apa orang kata, ada sesatu philosophy maknanya, kita kena faham. Bila kita jadi ketua kita akan menjadi sasaran.
“Sebab dalam sistem kita ini kalau dia nak serang, kata lah dia nak serang UMNO, dia nak jatuhkan kerajaan, dia mesti serang ketua.
“Itu focal point, mesti ketua. Jadi kalau tidak ada (isu) pun dia akan cari isu. Sebab targetnya kalau ketua lemah, ketua boleh jatuh, kerajaan boleh jatuh,” kata beliau semasa wawancara ’60 minit bersama Perdana Menteri dan Pelancaran Kembara Mahasiswa Nasional 18 Ogos’ yang dimuatnaik dalam blognya Najibrazak.com pada Isnin.
Beliau juga memberikan contoh semasa kejatuhan empayar atau kesultanan dimana ketua dijadikan sasaran pihak musuh.
“Macam dulu kalau nak jatuhkan empayar atau apa-apa kesultanan, sultan jadi target.
“Jadi kalau kita dalam konteks politik kerajaan kita hari ini, kalau nak jatuhkan kerajaan, sasarannya mestilah ketua.
“Jadi tidak hairanlah siapa jadi ketua, pada mana-mana (keadaan). Kalau kita tengok sejarah, siapa jadi ketua dia akan jadi sasaran. Natural. Itu peringkat kerajaan. Kalau peringkat bahagian, orang nak jawatan Ketua Bahagian, Ketua Bahagian jadi sasaran. Jadi itu dah jadi macam asam garam. Kita kita kena terima falsafah itu,” katanya.
Menurut Najib lagi, pihak lawan akan sentiasa mencari jalan untuk menumbangkan mana-mana pemimpin walaupun ada perkara baik yang dilakukan mereka tetap tidak akan berpuas hati selagi tidak berjaya mencapai hasrat dan cita-cita mereka.
“Kalau kita sebaik-baik manusia pun, dia akan cari juga macam mana nak mencontengkan arang ke muka kita. Kalau tidak ada dia akan adakan, kalau fitnah pun akan jadi senjata.
“Sebab orang boleh makan dengan fitnah, dengan cerita. Sebab bila jadi pemimpin ini cerita itu lagi sedap. Orang lain punya cerita tidak sedap, cerita pemimpin sedap.
“Jadi boleh percaya ‘betul ye, barangkali betul ye’. Padahal dia tidak tahu pun, tidak siasat pun, dia kata ‘eh boleh jadi betul’.
“Jangan cakap pasal pemimpin, macam pembangkang dulu dalam pilihanraya lalu dalam saat-saat akhir dia kata kita bawa 40 ribu pengundi Bangladesh jadi pengundi hantu. Macam nak runtuh siling bila saya dengar orang percaya.
“Padahal kalau dia fikir sejenak, dia kata ‘eh kalau nak bawa 40 ribu pengundi, satu jumbo (jet) 400 orang boleh muat, 40 ribu (maksudnya) satu ribu jumbo. Ada orang nampak satu ribu jumbo? Ada orang pernah nampak? Tidak ada. Tapi pada saat itu orang yang pandai di kawasan bandar pun percaya. Sampai ada orang rupa macam (orang) Bangladesh kena kejar. Rupanya bukan orang Bangladesh,” katanya.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/najib-dedah-punca-jadi-sasaran-diserang.html
No comments:
Post a Comment