Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 20 August 2016

PAN Dan Pribumi Bakal Jadikan Blok Pembangkang Bertambah Haru Biru – Norman



KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Bekas Setiausaha Pas Negeri Selangor, Norman Toha menjangkakan pakatan parti-parti pembangkang akan bertambah haru biru dan berkecamuk khususnya dalam hal-hal yang melibatkan persefahaman dan kerjasama politik berdasarkan senario politik hari ini dengan kewujudan dua parti baru iaitu Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu (Pribumi) dalam blok parti-parti pembangkang.

Menurut beliau, jika berdasarkan sejarah gabungan parti pembangkang sebelum ini, keadaan akan menjadi bertambah huru hara  dalam isu-isu persefahaman dari segi matlamat bersama dan juga pengagihan kerusi menjelang pilihanraya nanti.

PAN Dan Parti Pribumi“Kita lihat sebelum ini pakatan pembangkang yang dianggotai oleh Dap, PKR dan Pas akhirnya hancur apabila antara ketiga-tiga parti, terutama Pas dan Dap di dapati tidak dapat memupuk persefahaman bersama terutamanya dari sudut memahami agenda perjuangan parti antara satu sama lain.

“Pas akhirnya tersingkir dan wujud pula PAN yang cuba mengambil kekosongan yang ditinggalkan Pas dalam pakatan pembangkang bersama Dap dan PKR. Namun, perkara ini tidak selesai apabila antara PAN dan Pas juga tidak akan mampu bekerjasama dan buktinya hari ini kerajaan Kelantan tidak membenarkan parti PAN untuk bergerak di negeri itu.

“Kini saya jangkakan dengan kewujudan Parti Pribumi Bersatu baru-baru ini pula, saya berpandangan ianya akan menambahkan lagi kekalutan dalam blok parti pembangkang di mana hari ini kita dapat lihat, penolakan untuk bekerjasama antara satu sama lain sudah mula berlaku di antara parti-parti pembangkang.

“Apatah lagi kehadiran parti Pribumi yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir itu membawa agenda dan matlamat politik yang sangat berlainan dengan parti-parti pembangkang yang lain,” ujarnya.

Sementara itu, kata beliau lagi, amalan menubuhkan parti baru dalam gelanggang politik negara seperti yang berlaku hari ini tidak akan mendidik rakyat ke arah pemikiran politik yang lebih baik untuk membangun negara.

“Memang di Malaysia ini, kita bebas untuk mewujudkan parti politik baru. Tetapi masalahnya apa yang saya lihat hari ini, parti-parti baru yang ditubuhkan itu bukanlah kerana berdasarkan keadaan atau tuntutan yang mendesak demi kepentingan rakyat dan negara.

“Penubuhan parti baru hari ini saya lihat ianya lebih kepada tujuan dan matlamat peribadi seperti kerana ketidak puasan hati, dendam dan nafsu politik yang mahu berkuasa, di mana matlamat dan dasar seperti itu tidak akan membuatkan senario politik negara bertambah baik.

“Dan oleh kerana itu, hari ini kita dapat lihat hakikat sebenarnya yang wujud ialah parti Tun Mahathir (Pribumi), parti Anwar Ibrahim(PKR) dan juga parti Lim Kit Siang (DAP) di mana kesemua parti ini penubuhannya didasari dan ditunjangi oleh matlamat dan agenda politik peribadi yang berselindung di sebalik nama dan kepentingan rakyat,” tegasnya.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/pan-dan-pribumi-bakal-jadikan-blok.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...