Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 6 August 2016

Parti baru Mahathir bakal pecahkan orang Melayu - Penganalisis



SHAH ALAM: Penganalisis politik Profesor Datuk Dr Ramlah Adam berkata penubuhan parti baru yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad hanya akan merencatkan lagi hubungan sesama bangsa Melayu.

Malah, penubuhan parti baru ini tidak jelas matlamatnya kecuali ketidakpuasan hati beberapa bekas pemimpin Umno terhadap kontroversi yang melanda 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu derma RM2.6 bilion. 

"Beliau (Tun Mahathir) memecah-belahkan kaum melayu. Kita sudah ada banyak parti seperti Umno, PAS, Amanah dan PKR, kini parti Mahathir.

"Sepatutnya mereka yang berpengalaman dalam politik tidak mengikut emosi dan mementingkan diri. Saya tidak nampak apakah ideologi yang ingin disampaikan kecuali mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinan Najib atas soal 1MDB dan sebagainya," katanya kepada Antarapos, hari ini.

Ramlah terlebih dahulu mengulas penubuhan parti baru Mahathir yang berasaskan Melayu/Bumiputera.

Ujarnya, kaum Melayu atau Bumiputera akan berada dalam kerugian akibat perpecahan ini yang secara tidak langsungnya membenarkan pihak lain mengemudi kaum ini.

Ramlah merujuk kepada politik Pakatan Harapan (PH) yang memperlihatkan DAP mengawal hala tuju dua rakannya, PKR dan Amanah.

Memetik tulisan Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin melalui laman blognya, bahawa parti baru itu bertujuan mewarisi, meneruskan dan memperbaharui perjuangan Melayu/Bumiputera dalam era masa kini.

Parti itu juga akan bekerjasama secara menyeluruh dengan parti-parti politik lain yang menentang kepimpinan Barisan Nasional (BN).

Ramlah, dalam pada itu hairan dengan tindakan Mahathir yang hanya mengkhususkan penyertaan ahli-ahli parti terhadap kaum Melayu atau Bumiputera sahaja.

Bagaimanapun beliau percaya mantan perdana menteri itu kini mahu meraih sokongan generasi muda meskipun berdepan dengan pelbagai lagi parti Melayu yang lain, termasuk Umno.

"Pendekatannya nampak ekstrim sebab hari ini orang bercakap tentang penubuhan parti baru biarlah merentas bangsa dan kaum.

"Orang Melayu, terutama generasi muda akan menyokong Mahathir kerana ideanya. Mereka tak baca sejarah apa yang Mahathir lakukan kepada negara dahulu. Mereka baca apa yang Mahathir cakap sahaja.

"Itu tujuan tubuh parti supaya dapat sokongan anak-anak muda Melayu yang akan menjadi pengundi. Namun beliau kena ingat, PKR juga ada sokongan anak-anak muda. Maknanya mereka akan berebut undian anak-anak muda terhadap parti Mahathir, PKR dan Amanah, termasuk PAS," katanya lagi.

Untuk rekod permohonan pendaftaran parti baru itu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan dilakukan secara atas talian seawal hari ini dan dokumen sokongan akan dihantar kepada ROS Isnin ini.

Jawatankuasa penaja parti itu terdiri daripada Tun Mahathir sebagai pengerusi, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kamarul Azman Habibur Rahman dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir masing-masing sebagai presiden, setiausaha dan bendahari.

Ahli jawatankuasa terdiri daripada bekas ketua wanita Umno Langkawi Anina Saadudin, bekas ketua Pemuda Umno, Bendang Baru Akhramsyah Sanusi dan pemimpin kumpulan belia Challenger, Syed Saddiq Abdul Rahman.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/itulah-buruknya-perangai-madey-niparti.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...