Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 3 August 2016

Parti Dedak Mahathir Diberi Nama ‘Barisan Rakyat’



Ramai sangat yang dah teruja nak menyambut kelahiran parti dedak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad…. Dengar kata ahli-ahli pengkhianat Mahathir sudah punya nama untuk diberikan kepada parti dedak dorang tu.

Tapi macam tak best je nama parti dedak dorang tu… Ada ke patut beri nama ‘Barisan Rakyat’! Takde rasa macam dorang ciplak nama Barisan Nasional ke?? Perkataan ‘BARISAN’ tu… Ehhhh, dorang takde nama lain ke yang lagi gempak sikit.

Balik-balik nak copy paste Barisan Nasional jugak… Sudahnya tu, ahli-ahli yang bakal didaftarkan masuk ke parti dedak dorang tu semuanya boleh dikatakan ‘berkelulusan’ dan ‘graduate’ daripada UMNO/BN.

Namun nama baru parti dedak Mahathir itu hanya sekadar khabar angin dan masih lagi belum mendapat kepastian… Iyela sebab pihak dorang sendiri masih belum membuat pengumuman pasal tu, jadi Gomez masih was-was mahu menyatakan ianya benar. Tapi dengar cerita begitulah!

Dipetik melalui Malay Mail Online versi Mandarin, sumber berkata jika tiada aral melintang berkemungkinan nama bagi parti dedak Mahathir itu adalah Barisan Rakyat (BR)…. Itu pun kalau takde sebarang perubahan di saat-saat akhir.

Macam biasa la ketua parti dedak tersebut pastinya bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang paling gila kuasa tu…. Dia dipecat daripada Umno pada 24 Jun lalu. Manakala penasihat parti ‘Barisan Rakyat’ itu pulak akan disandang oleh Mahathir. Tertanya-tanya jugak anak Mahathir, Datuk Seri Mukhriz nak pegang jawatan apa dalam parti baru tu??

Bosan betul la dorang ni kan… Suka sangat ciplak dari UMNO dan BN punya. Dulu pembangkang, sekarang Mahathir pulak! Dah la nama parti tak style langsung… Takde keaslian dan sentuhan baru! Almaklumlah semua ahli yang bakal mengisi kekosongan dalam parti baru tu, semuanya dah tua-tua… Jadi idea pun dah lapuk la.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/parti-dedak-mahathir-diberi-nama.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...