Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 20 August 2016

PARTI MAHATHIR "BERSATU" RAMAI ORANG TAK SUKA ..



Perkara yang perlu ahli baru pertimbangkan sebelum menyertai Bersatu adalah hubungan Mahathir dan mereka yang ada dalam parti tersebut semuanya sudah menjadi pengkhianat dengan bergabung bersama DAP untuk membina kekuatan politik mereka.

Penganalisis politik Profesor Datuk Dr Ramlah Adam berkata penubuhan parti baru yang diasaskan Mahathir hanya akan merencatkan lagi hubungan sesama bangsa Melayu. Dari sudut yang lain juga rakyat akan keliru dengan tahap kesediaan parti serpihan Umno itu untuk membela nasib rakyat. Sehingga kini ianya masih menjadi tanda tanya, sedangkan Umno mempunyai rekod cemerlang dari bab pengurusan tertinggi sehinggalah jentera parti semasa berkempen.

Sekiranya matlamat Bersatu berjuang sehingga boleh menundukkan DAP dan mengarahkan mereka mengikut telunjuk kepimpinan Melayu dan Islam sepertimana yang diharapkan rakyat, itu adalah sesuatu perkembangan yang positif. Akan tetapi lain pula yang berlaku, dan apa yang dapat kita lihat dari mata kasar, DAP seolah-olah menjadi "boss".

Manakala Mahathir dan orang kanannya nanti akan cuba melobi atau lebih senang diistilahkan merayu-rayu untuk meminta kerusi dan kuasa daripada DAP untuk berhadapan PRU-14 yang bakal dihadapi mereka setahun lebih lagi.

Kalau boleh kita membuat analisa disini, adakah cukup parti baru seperti Bersatu yang kononnya membela nasib Melayu mendapat bahagian kerusi mereka tidak kurang dari 40 kerusi dari 222 jumlah kerusi parlimen?. Adakah cukup dengan jumlah kerusi tersebut? Layakkah Mukhriz dan Muhyidin untuk menjadi Perdana Menteri selepas Najib?.

Mana ketuanan Melayu kamu Mahathir, Muhyidin dan Mukhriz? Selepas ini kita akan lihat muka-muka pemimpin Melayu yang tiada maruah akan terjun bersama Mahathir ke ruang sempit yang tiada sinar dipenghujungnya. Mereka ini jugalah segelintir makhluk yang suatu ketika dahulu wujud dalam Umno yang tabiatnya begitu loghat dan mereka masih menggunakan mind set tradisi lama, kuat berpolitik dalaman, masih bergantung bawah ketiak mantan.

Tabiat ini tidak lagi diperlukan dalam kepimpinan Umno. Pemimpin yang kecewa dan mempunyai agenda sendiri bila berada di dalam Umno seperti Zaid Ibrahim, Shafie Apdal, Rafidah Aziz, Khairuddin Abu Hassan, Rahim Thamby Chik, Shahbudin Hussin, Ahmad Said juga disebut-sebut akan menyertai parti Mahathir. Bagaimana pula kedudukan Zetty Aziz, Gani Patail dan beberapa pegawai kerajaan yang bersekongkol dengan Mahathir untuk menjatuhkan Najib? Adakah mereka tidak diberikan jawatan dan habuan yang setimpal untuk dikenang sampai mati?.

Apa pula habuan untuk parti pembangkang seperti DAP, PKR dan PAN yang menyokong penuh penuh Mahathir bermula dari Deklarasi Rakyat yang penuh kontorveris penipuan tandangan sehinggalah membawa kepada penubuhan parti Bersatu?.

Walau apa yang berlaku, Umno tetap akan bersama rakyat dan tetap utuh dan yang pasti terus maju untuk agenda Negara. Pergilah jauh-jauh jangan meroyan kalau tidak dapat ikut perubahan politik. Rakyat kebanyakannya sudah cerdik menilai.

Pada yang ada niat untuk bersama Mahathir dan kroninya harap lupakanlah hasrat tersebut kerana khuatir mereka akan menyesal di kemudian hari nanti.

KAMI SAYANG UMNO
TETAP BERSAMA BARISAN NASIONAL

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/parti-mahathir-bersatu-ramai-orang-tak.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...