Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 12 August 2016

PAS dakwa difitnah Sarawak Report



Pemimpin-pemimpin UMNO sudah lama bising soal ini... fitnah yang dibuat oleh portal berita upahan Sarawak Report yang diggunakan untuk menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Macam-macam fitnah yang dibuat, termasuk jika ingat, kisah kononnya duit 1MDB hilang RM42 bilion.

Memang ada orang dalam yang bersekongkol dengan Sarawak Report yang berpengkalan di London ini.

Terbaru, menjadi mangsa pembohongan portal upahan tersebut adalah parti PAS.

Pemimpin-pemimpin kanan parti tersebut didakwa menerima RM90juta daripada UMNO untuk bekerjasama.

Apabila diminta bukti, jawabnya 'hanya curiga'.

Berikutan itu, PAS Kelantan pada Selasa buat laporan polis berhubung laporan Sarawak Report tersebut.

Laporan itu dibuat Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

Menurutnya, dakwaan disiarkan itu berniat jahat, malah Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga sudah mengeluarkan kenyataan menafikan hal itu.

"Tidak wujud pun tawaran wang sebanyak itu dan tiada pemimpin parti yang menerimanya.

"Kami berharap satu siasatan secara terperinci dibuat untuk menyiasat dakwaan ini dan mengenal pasti dalangnya," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan itu.

Ahmad Fadhli juga berkata, fitnah yang dilemparkan juga tidak baik untuk suasana politik negara, malah ia terbit hasil daripada syak wasangka.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/kini-baru-kau-rasa-pas-dakwa-difitnah.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...