Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 30 August 2016

PM jamin akan tetap pertahan kedaulatan Sabah sekalipun depan Presiden Filipina


Ingat lagi…seleps menang pilihanraya Filipina Jun lalu,Presiden baru Filipina Rodrigo Duterte umum nak teruskan tuntutan negara itu keatas Sabah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam responnya kepada media tegas kata Sabah adalah sebahagian dari Malaysia.

Ahad ketika berucap  merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Zon 1 Sabah di Dewan Tun Mustapha, di Kudat beliau sekali lagi tegaskan Malaysia akan terus pertahan soal kedaulatan.

"Kalau Presiden Duterte jumpa saya pun, saya akan tetap pertahankan kedaulatan Sabah,”katanya.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Presiden Parti Bersatu Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan kesemua ketua UMNO bahagian Zon 1.

Persidangan Perwakilan UMNO Zon 1 itu  meliputi Bahagian Kudat, Kota Marudu, Kota Belud dan Tuaran.

Najib menegaskan beliau memandang serius mengenai aspek keselamatan serta kedaulatan Sabah.

Katanya meskipun tidak ada negara di dunia boleh memberi jaminan untuk bebas daripada sebarang ancaman 100 peratus, namun Malaysia setakat ini berjaya mengekang beberapa ancaman daripada berlaku atas perhatian serius kerajaan BN terhadap keselamatan negara.

Najib menegaskan beliau akan terus mempertahankan kedaulatan Sabah bagi memastikan potensi Negeri Di Bawah Bayu, terutama dalam sektor pelancongan yang kian berkembang pesat, dapat dibangunkan seterusnya memberi limpahan nikmat kepada rakyat di negeri ini.

Perdana Menteri mengingatkan  UMNO mesti terus mengamalkan dasar inklusif sama ada sesama rakan politiknya dalam Barisan Nasional (BN) mahupun kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan dalam memastikan agenda membela rakyat dan membangunkan negara terus terlaksana.

Katanya sebagai contoh, jika di Sabah terdapat lebih 60 kumpulan etnik dan sub etnik, maka kesemua kumpulan etnik berkenaan perlu menjadi sasaran tanggungawab UMNO, BN dan kerajaan untuk memberi pembelaan.

"Saya sebut UMNO mesti inklusif. UMNO bukan lagi eksklusif... (isu) Mahkamah Adat negeri di Sabah saya sebagai perdana menteri beri peruntukan. Masalah Tanah Adat saya beri peruntukan dan banyak lagi supaya kita dapat merasakan bahawa Malaysia ini kita punya.

"Malaysia ini milik kita, tak kira siapa diri kita tetapi kita mesti ada perasaan kekitaan,"

Sambil menyatakan keazamannya untuk melihat hubungan akrab dan bersatu padu rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung 'bagai rambut bersimpul mati', Najib berkata dengan adanya kekuatan kesepaduan rakyat Malaysia sedemikian, apapun cabaran yang datang akan mampu dihadapi dengan jayanya.

Bagaimanapun, katanya, untuk merealisasikan hasrat itu, kestabilan politik perlu wujud dan di Sabah, kestabilan politik wujud sejak UMNO secara rasmi bertapak di Sabah pada 21 Feb 2009 dan kini mempunyai kira-kira 546,850 anggota di 5,676 cawangan di semua 25 bahagian.

"Ini merupakan satu daripada ramuan kejayaan. Bila kita ada kestabilan politik, kita pula mesti berpegang kepada UMNO dan BN sebagai penyatuan politik untuk rakyat negeri Sabah. UMNO mesti perjuangkan kepentingan semua kaum. Kita bukan parti komunal," kata perdana menteri.

Perdana menteri berkata soal pembangunan, kebajikan dan untung nasib masa depan rakyat juga mesti dijaga dan rakyat tidak kisah mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meskipun isu itu akan ditangani kerajaan kerana yang rakyat mahukan adalah kebajikan mereka sentiasa terpelihara.

Sementara itu, Najib memuji kepimpinan UMNO Sabah di bawah teraju Musa kerana telah menjadikan Sabah sebagai negeri paling banyak anggota walaupun usianya paling bongsu jika dibandingkan dengan UMNO di negeri-negeri lain.

Katanya UMNO Sabah bukan sekadar menjadi komponen UMNO dengan jumlah keanggotaan terbesar malah UMNO negeri berkenaan juga berjaya menerapkan dalam diri anggota dan kepimpinannya untuk berpegang kepada nilai setia kepada kawan sama ada dalam susah mahupun senang.

Mengenai tiga permintaan UMNO Bahagian Kudat iaitu pembinaan sebuah sekolah menengah agama; pembinaan jalan pintas Bongkol-Telaga; serta memberi perhatian terhadap pembangunan Pulau Banggi yang merupakan pulau terbesar di negara ini, terutama dalam sektor pelancongan, Najib berkata beliau akan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap cadangan berkenaan.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/pm-jamin-akan-tetap-pertahan-kedaulatan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...