Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 29 August 2016

Polis Scotland lulus tudung kepala pakaian rasmi anggota Muslim



EDINBURGH, Khamis – Polis Scotland mengumumkan pemakaian tudung kepala atau hijab dijadikan sebahagian daripada uniform rasmi dalam usaha menggalakkan lebih ramai wanita Islam menyertai pasukan itu.

Sebelum ini, pemakaian tudung kepala perlu mendapat kebenaran, tetapi sekarang ia dijadikan antara pakaian rasmi polis Scotland.

Pengumuman itu disambut baik Persatuan Polis Muslim Scotland (SPMA) – pertubuhan yang ditubuhkan pada 2010 bagi mewujudkan hubungan erat dengan komuniti Islam di negara itu.

Ketua Konstabel Phil Gormley yang gembira membuat pengumuman itu mengalu-alukan sokongan masyarakat Muslim serta kumpulan lain, termasuk anggota polis sendiri.

“Seperti kebanyakan pekerja, terutama di sektor awam, kami bertugas ke arah memastikan perkhidmatan ini mewakili komuniti.

“Saya berharap tambahan ini akan menyumbang kepada kepelbagaian kakitangan pasukan kami. Ia juga menambah kemahiran hidup, pengalaman dan kualiti peribadi daripada pegawai dan kakitangan kepada masyarakat Scotland,” katanya.

Polis Metropolitan London sudah meluluskan pemakaian hijab bagi anggotanya lebih sedekad lalu.

Pengerusi SPMA, Fahad Bashir berkata, keputusan itu adalah langkah positif dan tidak syak lagi akan menggalakkan lebih ramai wanita daripada pelbagai latar belakang etnik Islam dan minoriti untuk menyertai polis Scotland. – Agensi

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/alhamdulilahpolis-scotland-lulus-tudung.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...