Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 20 August 2016

Program ‘Obviously Harith Iskander’ Persenda PM Najib Dalam Gurauan Mereka?



Program komedi yang dihoskan oleh Pelawak Terkenal Harith Iskander ‘Obviously Harith Iskander’ (OHI) yang bersiaran di saluran Astro Awani dilihat sudah mula masuk menular ke komedi nakal apabila mula menggunakan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai bahan lawak.

Dalam episod terbaru OHI, iaitu episod ke-12, di awal rancangan Harith bermain satu permainan dengan memaparkan tiga keping gambar di skrin di hadapan penonton untuk ditentukan sama ada ia trend bermain ‘Pokemon Go’ atau ‘Pokemon No’.

Pada gambar pertama dan kedua ialah gambar beberapa orang sedang berjalan kaki sambil melihat ke arah skrin telefon bimbit masing-masing.

Bagaimanapun, entah apa kaitannya dengan permainan itu, gambar ketiga ialah gambar Najib dalam satu jamuan makan malam sedang melihat ke arah telefon bimbitnya.

“Ya, tidak.. mungkin tidak.. saya katakan ia No… saya kata No, saya mahu kekalkan kerja saya dan kata No,” kata Harith seakan mempersendakan Najib.

Entah mungkin secara kebetulan, pada episod yang sama tetamu jemputan Harith ke program berkenaan ialah Ahli Parlimen PKR-Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam.

Harith yang sudah terkenal dan berpengalaman dalam arena komedi dilihat cuba membawa masuk gaya kelakar ala-barat yang mana menjadikan isu politik mahupun pemimpin negara sendiri untuk dilawakkan biarpun ia sampai kepada tahap mempersendakan seorang pemimpin utama negara.

Persoalannya dalam episod berkenaan, adakah Harith cuba menyamakan Najib dengan permainan Pokemon Go?

Gaya komedi ala-barat jelas sekali tidak sesuai dalam negara kita apatah lagi isu politik boleh menyebabkan isu sensitif melibatkan boleh dicabuli seterusnya berlaku kejadian yang tidak diingini.

Eloklah, Harith memberikan penjelasan mengapa digunakan gambar Najib dalam gurauannya berkaitan permainan digital telefon pintar yang popular itu.

Program OHI adalah program baru yang diilhamkan oleh Harith sendiri dan ia ditayangkan di saluran berita berkenaan.

Jika diteliti, Astro Awani adalah milik Astro yang dimiliki oleh Taikun yang ada kaitan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ananda Krishnan.

Pada pendapat sesetengah kumpulan pengguna media sosial, tiada kaitan yang perlu untuk menggunakan gambar Najib dalam episod berkenaan selain menampakkan beliau agak lucu dan lemah di hadapan Nurul Izzah, pemimpin pembangkang yang lantang mengutuk Najib.

– PRU14.tv

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/program-obviously-harith-iskander.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...