Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao hari ini menarik perhatian pengguna media sosial apabila beliau menggariskan lapan sebab kenapa orang Melayu dan India harus menolak parti DAP menjadi pilihan mereka.
Sejak dahulu lagi, DAP yang dikenali ada kaitan dengan parti PAP iaitu parti pemerintah di Singapura mempunyai agenda politik sendiri untuk menguasai negara ini tetapi ia lebih memihak kepada bangsa Cina.
Antara sebab yang digariskan oleh Ramesh ialah DAP tidak galakkan berkongsi perniagaan dengan bangsa lain selain Cina, DAP enggan memberikan tunjuk ajar dan kepakaran mereka kepada bangsa lain, DAP melarang bangsa lain menerajui parti selain Cina dan DAP sakit hati jika bangsa Melayu dan India menjadi lebih kaya.
Biarpun, DAP dilabelkan sebagai sebuah parti yang anti-Melayu, daripada rangka kepimpinan parti berkenaan kelihatan ia sebenarnya diasaskan untuk dikuasai oleh kaum Cina.
Ketika ini Penasihat DAP ialah Lim Kit Siang dan Setiausaha Agungnya ialah Lim Guan Eng. Nama-nama pemimpin lain dalam Jawatankuasa Kerja Eksekutif parti itu adalah yang lain terdiri dari bangsa Cina dengan bangsa lain boleh dikira dengan jari.
Dalam nada agak tegas, Ramesh berkata DAP tidak mahu melihat bangsa lain lebih maju dari mereka dan mereka lebih mahu melihat rakyat dari bangsa lain kekal di tampuk keadaan mereka sekarang.
“DAP mahukan India dan Melayu kekal menjadi pekerja bawahan, DAP enggan galak atau sokong bangsa Cina menjadi prebet, konstabel polis atau menjadi kakitangan awam.
“DAP juga melarang bangsa Cina menyewakan premis perniagaan atau rumah kepada Melayu dan India dan DAP melarang bangsanya bekerja di bawah orang Melayu dan India,” kata Ramesh.
Dalam Whatsapp, sebilangan besar juga pengguna yang pro-kerajaan Barisan Nasional (BN) bersetuju dengan senarai sebab yang digariskan Ramesh itu dalam mesej Whatsappnya.
Beliau merupakan seorang aktivis yang bergerak memimpin badan bukan kerajaan (NGO) PMSP membongkar kerja politik jahat pembangkang khususnya DAP dan sentiasa memberikan laporan cepat kepada pihak berkuasa jika ada pemimpin atau parti pembangkang yang dilihat melakukan perkara yang melanggar undang-undang.
Senarai sebab berkenaan turut dimuat naik oleh Ramesh di laman media sosial Facebooknya hari ini.
Tidak dinafikan bilangan orang Cina dalam kakitangan awam dan pasukan beruniform seperti polis dan tentera adalah amat sedikit kerana kurangnya promosi dan galakan dari parti politik yang dipelopori bangsa berkenaan khususnya DAP.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/ramesh-rao-gariskan-lapan-sebab-mengapa.html
No comments:
Post a Comment