UMNO bukan baru setahun jagung. UMNO dah berusia 70 tahun. Dalam tempoh itu ramai dah yang keluar baik ahli mau pun pemimpin. Fuad Hassan keluar UMNO dan tubuhkan PAS. Tengku Razaleigh keluar UMNO lalu menubuhkan Semangat 46. Tun Mahathir lagi la bekas Perdana Menteri sudah banyak kali keluar masuk UMNO. Ramai lagi pemimpin UMNO yang keluar UMNO. UMNO tetap kukuh dan kekal dominan dalam parti Barisan Nasional.
Inikan pula sekadar Ketua Cawangan UMNO sahaja. Sebenarnya dia mempunyai cita2 yang besar. Sebab itu dia bertanding melawan Khairi Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Kalau dia Ketua Pemuda Negeri tu mungkinlah setara nak tanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Hakikatnya dia kalah teruk malah Pemuda UMNO Bahagiannya sendiri iaitu Langkawi pun tidak memberi undi kepadanya.
Kononnya kepimpinan Pemuda di peringkat kebangsaan tidak memberi semangat untuk dia kekal dalam Umno sebab jelas lari dari perjuangan.
Dia adalah antara jawatankuasa penaja dalam parti yang sedang dibentuk Tun Mahathir bersama bekas pemimpin Umno yang lain. Mungkin harapannya nanti akan dipilih menjadi Ketua Pemuda Negeri parti baru tersebut.
Orang yang tidak mempunyai kepentingan tetap akan bersama UMNO yang dasar perjuangannya membela agama, bangsa dan negara. Ini adalah kerana penyertaannya dalam UMNO adalah untuk menguatkan parti yang menjadi wadah perjuangan bangsa Melayu.
Tetapi penyertaan dalam UMNO dengan hasrat yang tersembunyi seperti mahu mengaut kekayaan maka apabila yang dihajati tidak kesampaian maka dia akan meninggalkan parti. Ahli parti seperti ini tiada kesetiaan dan teras perjuangannya bukan kerana agama, bangsa dan negara.
Kita lihat sajalah nanti selepas parti baru pengkhianat UMNO lahir. Adakah ia terus membesar dan menjadi dewasa atau mampus dalam usia yang singkat seperti parti2 serpihan yang terdahulu.
Janganlah diratapi atau ditangisi pemergiannya kerana masih ramai lagi pemuda2 UMNO yang boleh menjadi pemimpin dan setia dengan perjuangan UMNO. Yang patah pasti akan tumbuh dan yang hilang pasti akan berganti.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/rugi-besarkah-umno-bila-dia-keluar-umno.html
No comments:
Post a Comment