SETELAH hampir 20 tahun berlalu, akhirnya Pengerusi Eksekutif Repco Holdings Bhd. (Repco), Low Thiam Hock atau dikenali sebagai ‘kroni’ kepada mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 17 Februari lalu atas pertuduhan memanipulasi pasaran saham dengan membeli 227,000 unit saham milik syarikatnya sendiri pada penghujung tahun 1997.
Umum mengetahui bahawa tahun 1997 merupakan tahun dimana berlakunya krisis kewangan Asia, termasuk kejatuhan besar-besaran pasaran saham dan Repco adalah antara syarikat yang aktif dalam aktiviti berkaitan saham.
Apa yang menariknya, dalam kes perbicaraan tersebut, terbukti wujudnya sekeping surat Tun Mahathir Mohammad kepada Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti pada ketika itu, En Ali Abdul Kadir, dimana Tun Mahathir mengaku bahawa dia ada berjumpa dengan defendan meminta ‘supaya dibantu Indeks BSKL dan kejatuhan harga saham’, dan menyebabkan beliau didakwa atas pertuduhan tersebut.
Difahamkan, Repco Low didakwa atas pertuduhan mengarahkan seorang wakil Sime Securities Sdn. Bhd. membeli saham Repco Holdings dengan menyerap sebarang harga tawaran saham itu yang ditawarkan oleh penjual saham di Bursa Saham Kuala Lumpur yang dikira boleh menimbulkan kekeliruan berhubung harga saham Repco di pasaran.
Beliau didakwa melakukan perbuatan tersebut di Sime Securities, Tingkat 21, Bangunan Sime Bank, Jalan Sultan Sulaiman antara pukul 11 pagi dan 5 petang, 3 Disember 1997, di mana Sime Bank mengalami kerugian sebanyak RM1.81 bilion sebelum cukai bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 1997.
Tidak dapat dibayangkan apabila Repco diniagakan pada harga RM5 sesaham pada tahun 1996, kemudiannya dimanipulasi sehingga mencecah RM140 sesaham setahun kemudian dan pada tahun 1998, ianya menjunam kepada RM2.98 sesaham, dan kaunternya kemudian digantung pada tahun 2000 dan dinyahsenarai tiga tahun kemudian yang menyebabkan mereka kehilangan wang dalam jumlah yang besar.
Namun demikian, difahamkan Tun Mahathir menyokong tindakan Repco Low, dan kemudiannya membuat pinjaman wang dengan Sime Bank yang CEO nya sudah diarahkan pada awal lagi supaya memberi kelulusan oleh mantan Perdana Menteri itu, dan akhirnya kedua-dua mereka termasuk bekas CEO Sime Bank pada era Tun Mahathir, Datuk Ismail Zakaria didapati bersalah atas empat pertuduhan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989 dan Mahkamah Tinggi 19 Ogos menjatuhkan hukuman denda RM600,000.
Tetapi, lain pula nasib Tun Mahathir yang masih menikmati saat-saat indah melihat salah seorang anaknya tersenarai dalam 28 orang terkaya di Malaysia, serta Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang memiliki Opcom Holding Berhad berupaya memperoleh projek kabel fiber optik zaman pemerintahan bapanya, melalui projek rundingan terus bernilai RM214.2 juta sejak tahun 2003.
Untuk rekod, pada 22 Julai 2016 sehari selepas Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS (DoJ)terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan skandal syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga kepada pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative, Bursa Saham mengumumkan Mukhriz telah menambahkan kepentingannya di Opcom Holding Berhad melalui Syarikat KAF Nominees Sdn Bhd dengan penambahan sebanyak 29 peratus.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/setelah-20-tahun-akhirnya-kroni-tun-m.html
No comments:
Post a Comment