Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 6 August 2016

Status tanah Paya Indah... 'sesuatu' yang salah sedang disembunyikan



Ada sesuatu yang tak kena dimana-mana dalam isu pertukaran status tanah Paya Indah Wetland walaupun sudah dijelaskan oleh kerajaan negeri.

Bagi pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin jawapan balas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Elizabeth Wong baru-baru ini cuba menipu dan mengelirukan rakyat.

Katanya, tanah Paya Indah Wetlands di Lot 68054, Mukim Tanjung Dua Belas, Kuala Langat yang didakwa Exco berkenaan tidak ditukar status sebenarnya telah dipindah dari pertanian kepada pembangunan.

Lot itu pernah ditolak permohonan untuk ditukar status ke pembangunan ketika kerajaan Selangor di bawah Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Beliau (Khalid) memberi alasan lot berkenaan terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland dan pada masa sama juga Elizabeth Wong yang juga Exco Kerajaan Negeri turut terlibat menolak penokaraan status tersebut.

"Tetapi kenapa kini beliau sanggup menipu dan ada sesuatu yang sedang disembunyikan. Saya sangat yakin sesuatu yang sangat salah telah berlaku dan sedang disembunyikan," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Dalam kenyataan balas Isnin lalu, Elizabeth Wong dilaporkan membuat kenyataan sebagai mengakui kerajaan PKR Selangor telah membangunkan kawasan tanah Lot 68054 seluas 619 hektar itu.

Bagaimanapun, dakwa beliau, kawasan itu bukan di bawah paya Indah Wetlands yang diwartakan Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar (Perhilitan) sebagai Rizab Tanah Paya di bawah Kanun Tanah Negara.

Menurut Elizabeth yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, kawasan tanah lot itu sebenarnya milik persendirian dan telah dibangunkan mengikut proses yang betul termasuk pendengaran awam.

Jelas Chegubard, pihaknya mendapati pertukaran status tanah itu berlaku pada awal bulan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menduduki kerusi Menteri Besar.

"Kenapa tanah ini menjadi keutamaan untuk diselesaikan pertukaran status pada bulan-bulan awal Mohamed Azmin menduduki kerusi MB, adakah ia ada kaitan dengan 'membalas jasa' tokoh-tokoh korporat yang menjadi pelobi pintu belakang ketika perebutan kerusi MB dari Presiden PKR?" katanya.

Kata beliau, pelbagai maklumat dan dokumen sedang diteliti dan tanpa berselindung serta dengan jujur beliau berjanji pendedahan akan terus dilakukan, walaupun ugutan mula diterimanya.

"Tuntutan kami tidak berganjak, status tanah ini perlu dikembalikan kepada kawasan hijau dan yang menipu bagi pihak kerajaan negeri perlu mengosongkan kerusi," tegas Chegubard.


http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/status-tanah-paya-indah-sesuatu-yang.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...