Sebuah pasukan penyelidik yang terdiri ahli arkeologi dari Arab Saudi dan Universiti Oxford dilaporkan telah mencari tulang manusia tertua. Tulang ini ditemui semasa penggalian di Tayma di Tabuk, sebuah oasis besar di Gurun Nafud yang mempunyai sejarah panjang tentang penempatan manusia, Alarabiya melaporkan pada Selasa (9/8/2016).
Tulang yang ditemui adalah sebahagian dari jari tengah manusia yang hidup 90 ribu tahun yang lalu. Ini merupakan jejak manusia tertua yang dijumpai sampai saat ini di Semenanjung Arab. Keterangan ini disampaikan seorang pegawai dari Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan (SCTNH) Saudi.
Pengumuman mengenai penemuan baru-baru ini dibuat oleh Presiden SCTNH Putera Sultan bin Salman dalam ucapannya di Académie des Beaux-Arts (French Academy of Fine Arts).
Menurut SCTNH, penemuan arkeologi ini merupakan fasa penting dalam penyelidikan dan penggalian yang dilakukan oleh pihak berkuasa dengan bantuan pasukan gabungan yang terdiri dari para ahli dari Universiti Oxford, Universiti Raja Saud, Badan Sains dan Teknologi (KACST), Tinjauan Geologi Saudi, Universiti Hail dan Aramco.
"Hal ini memang sebuah prestasi penting bagi para penyelidik Saudi dan juga hasil penting dari sokongan Putera Sultan untuk sektor arkeologi di Kerajaan," kata pegawai SCTNH.
Projek ini merupakan sebahagian daripada projek Saudi Green, yang merupakan projek kajian dan penggalian Saudi untuk melaksanakan kajian alam sekitar dan arkeologi dari banyak laman sejarah di Saudi.
http://detikislam.blogspot.my/2016/08/tulang-manusia-tertua-ditemukan-di-saudi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/UHQdyX+(Detik+Islam)
No comments:
Post a Comment