Tentu ada rakyat di negara ini percaya bulat-bulat dengan dakwaan yang dibuat melalui media sosial termasuk di WhatsApp dan Facebook kononnya negara bakal muflis dengan ‘analisa ekonomi’ yang menakutkan dan cukup menyakinkan.
Antaranya Ringgit Malaysia dijangka jatuh lebih rendah kepada RM4.50 bagi setiap dollar pada akhir September, rezab Bank Negara hanya RM101 bilion sedangkan hutang melampui RM614 bilion manakala harga minyak yang dijangka terus merudum semakin memburukkan ekonomi negara.
Lebih malang pihak yang membuat ‘analisa’ itu membuat tuduhan bahawa Dunia menganggap Malaysia di nombor 1 bagi rasuah dan skandal, pemalsuan wang dan pengubahan wang haram.
Kesimpulan bagi segala dakwaan tidak benar itu, rakyat diminta tidak berbelanja dan jangan membeli harta benda dalam tempoh terdekat kerana khuatir kesan ekonomi serta negara yang bakal bangkrap.
Bagaimanapun, disebalik kerisauan dan kebimbangan segelintir rakyat yang mempercayai dakwaan itu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani menolak dakwaan bahawa negara bakal muflis tahun depan seperti yang tersebar di media sosial.
Beliau berkata, dakwaan berkenaan ditulis berdasarkan fakta yang direka dan tindakan itu amat tidak bertanggungjawab.
“Rakyat tidak perlulah terpengaruh dengan berita yang tidak sah ini, mana mungkin negara boleh muflis hanya kerana sebuah syarikat milik kerajaan mengalami masalah,” katanya.
Johari berkata, penyebaran berita berkenaan sama seperti dakwaan kononnya Lembaga Tabung Haji (TH) mengalami masalah kewangan sebelum ini, namun berita itu tidak benar.
“Orang ramai yang percaya dengan berita itu ada yang bertindak mengeluarkan duit mereka,” katanya.
Seorang penulis Lim Sian See pula menjawab panjang lebar mengenai dakwaan itu yang dipercayai ada kaitan Tun Daim Zainuddin.
Jawapan beliau boleh dirujuk pada berita di portal ini : SUMBER
Jelas, media sosial terus digunakan bagi menyebarkan berita dan dakwaan tidak berasas bagi menakut-nakutkan rakyat dengan pelbagai cerita dan analisa politik yang tidak berasas.
Sebenarnya, dakwaan sama pernah tersebar menjelang September tahun lalu apabila negara juga dikatakan akan bangkrap tetapi sehingga kini ekonomi Malaysia berkembang baik disebalik ekonomi Dunia yang agak menguncup.
Sudah tentu penyebaran fitnah ini didalangi pihak tertentu yang mahu melihat rakyat bangun menentang pemimpin negara apabila mengaitkan rasuah, skandal dan pengubal wang haram dikedudukan nombor 1 dunia.
Sedangkan Malaysia berada di kedudukan ke-54 pada paling kurang rasuah daripada 179 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah terbaru Transparency International – bukan nombor satu.
Siapa yang meletakkan negara ini dikedudukan nombor 1? Badan yang diiktiraf dari mana?.
Justeru, rakyat Malaysia perlu berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah tidak berasas terutama di laman sosial yang mahu menakutkan rakyat bahawa ekonomi negara terancam hebat.
siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/09/analisa-ekonomi-negara-bangkrap-cubaan.html
No comments:
Post a Comment