Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 1 September 2016

Bapa ADUN DAP Kantoi Kutip Wang Dari Bakal Pembeli Rumah



Dari malam semalam bawa ke hari ini ramai pemimpin DAP tak senang duduk gara-gara tersebarnya video melibatkan bapa kepada seorang wakil rakyat DAP yang terpaksa berdepan beberapa bakal pembeli rumah yang menuntut balik wang mereka.

Satu video dimuatnaik laman Facebook Penang Kini memaparkan seorang lelaki, yang didakwa bapa Siew Khim, Keat Seong, bersama seorang broker dan seorang pembeli rumah yang ‘diperdaya’ berbual mengenai syarat-syarat penyelesaian selepas gagal membeli sebuah rumah.

Menurut video itu, mereka yang berminat untuk ‘ambil jalan pintas’ dalam skim program rumah mampu milik kerajaan, perlu membayar RM260 untuk borang dan duit untuk ‘Pakcik Lim’, yang akan memastikan mereka mendapat seunit rumah. – petikan dari FMT.

Kita tak tahu apakah ini jenis aktiviti scam yang terbaru untuk memperdaya bakal pembeli rumah atau si agen pengutip duit (orang tengah) ini memang ada kabel kuat di kalangan pemaju perumahan dan orang besar yang berkaitan di Pulau Pinang hingga berani berbuat demikian.

Yang jelasnya aktiviti kutip duit sebegini memang wujud, buktinya video rakaman tersebut di mana si agen yang merupakan bapa kepada ADUN DAP akhirnya kantoi dan terpaksa bersemuka dengan bakal pembeli yang meminta balik duit mereka.

ADUN DAP Sungai Pinang, Lim Siew Khim dah mengaku individu yang terangguk-angguk lebih banyak diam dari bercakap dalam video tersebut memang ayahnya, tapi awal-awal lagi dia dah nafikan ayahnya terlibat rasuah.

Lim Siew Khim dalam buat sidang akhbar bersama ibunya siap buat drama air mata lagi. Eh..eh.. belum apa-apa dah buat muka sedih. Rileks sudah, ini baru video bukannya masuk mahkamah lagi pun, duk kalut menangis buat apa. Nak tarik simpati ke?

Dalam pada itu ADUN DAP Kawasan Delima, RSN Rayer pula siap bagi amaran pada parti Gerakan supaya tidak mengaitkan ADUN DAP Sungai Pinang dengan sebarang salah laku atau berdepan saman.

RSN Rayer yang dilantik sebagai peguam mewakili Lim Siew Khim juga cuba memberi andaian seolah-olah bapa ADUN DAP itu berada di situ atas tujuan lain dan bukannya berkaitan dengan tuntutan wang oleh bakal pembeli.

“Bapanya mungkin berada disitu untuk tujuan lain. Beliau seorang dewasa dan bebas untuk bergerak serta bertemu orang,” itu kata RSN Rayer berdasarkan petikan laporan FMT.

Siapa sahaja yang menonton video tersebut tahu situasi yang berlaku dalam rakaman tersebut menunjukkan seorang individu yang kononnya orang tengah untuk urusan jual beli rumah terpaksa berdepan bakal pembeli yang berang kerana wang ‘tempahan’ sudah diberi tapi unit rumah tak dapat-dapat juga.

Jadi alasan RSN Rayer agak dangkal. Dah jelas dalam rakaman video itu, bapa ADUN Sungai Pinang berada di situ untuk membincangkan penyelesaian pembayaran semua wang yang dikutipnya dari bakal pembeli sebelum ini.

Sementara itu, ketika mengulas isu ini, Ketua Jawatankuasa Kecil Anti Rasuah dan Tanah Gerakan Pulau Pinang, Hng Khoon Leng mendedahkan aktiviti kutip wang dari bakal pembeli bukan isu baru di Pulau Pinang kerana dah banyak kali menerima aduan cuma belum ada bukti.

“Kami terima banyak maklumat mengenainya, tetapi tidak ada bukti.

“Hari ini kami dapat video untuk mengesahkannya. Kami sekarang yakin untuk mengatakan kebanyakan projek perumahan negeri terbabit dengan amalan rasuah,” katanya seperti dilaporkan FMT.

Menarik… Pulau Pinang di bawah kepimpinan Lim Guan Eng katanya mengamalkan CAT (Cekap, Akauntabiliti & Telus), agaknya bagaimana Lim Guan Eng nak selesai isu sebegini jika benar memang wujud amalan rasuah dalam projek perumahan di negeri tersebut.

Apa pun kita tunggu perkembangan selanjutnya sejauh mana kesahihan kes ini, tengokkan video tersebut macam akan ada siri baru pendedahan, bila akan keluar belum diketahui.

Yang pasti sekarang memang pening Lim Guan Eng dibuatnya, isu beli banglo bawah harga pasaran dan isu tanah Taman Manggis tunggu masa nak dibicarakan pertengahan September ini, sekarang datang lagi satu bala tak pasal-pasal nak kena bersilat lagi menepis dakwaan terbaru ini pula.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/bapa-adun-dap-kantoi-kutip-wang-dari.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...