KHABAR angin yang mengatakan Malaysia bakal bankrup dalam masa 100 hari dari sekarang sudah mula sampai ke pengetahuan para jemaah haji yang sekarang sedang beribadah di Kota Mekah.
Difahamkan, perkara itu telah dicetuskan oleh seorang bekas menteri kewangan dan “orang kanan” Dr Mahathir Mohamed.
Dengan tiada sebarang alasan yang konkrit dan dari sumber yang sah, nyata para jemaah haji yang menerima perkhabaran itu tidak bulat-bulat mempercayainya begitu saja.
Paling tidak, mereka berkata “kita lihat saja nanti” sebagai komen balas terhadap kenyataan dari seorang yang bergelar Tun tersebut.
Soalnya, dimana logik Malaysia akan menemui muflis seperti yang dikata?
Baru-baru ini Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani menegaskan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia antara yang terbaik di ASEAN, dalam keadaan senario ekonomi global yang agak lembap.
Berdasarkan statistik pada 31 Julai lalu, ekonomi masih berkembang sebanyak 4.1 peratus untuk separuh pertama tahun ini, berbanding Singapura yang hanya mampu mencatatkan hanya dua peratus sahaja.
Walaupun dari pelbagai latar belakang keturunan, umur, pekerjaan dan fahaman politik, namun para jemaah haji yang mendengar khabar angin berkenaan tidak begitu terburu-buru mempercayainya.
Mungkin mereka sedar dan tahu sendiri nikmat berada di Malaysia selepas mereka berpengalaman berada di negara orang.
Sedikit sebanyak nilai kesyukuran dalam diri mereka semakin menebal dan menjadikan mereka untuk tidak terburu-buru mempercayai khabar-khabar angin yang sengaja dicetuskan bertujuan untuk memburukkan nama baik Kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/09/itu-masih-lagi-orang-percaya-benarkah.html
No comments:
Post a Comment